BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 19, 2010

ZIKIRKU PADAMU YA ALLAH

HASBI ROBBI JALLALLAH
CUKUPLAH BAGI KU,HANYAMU ALLAH
di saat diri mula di sisihkan dunia,terasa hanya sendirian melayan hiba. Tiada seorangpun yang mahu mengerti akan hati ini. Seorang demi seorang menjauhkan diri,atas sebab apa,aku jua kurang mengerti. Kadang2 orang yang ku sayang di rampas dari genggamanku,cukup sukar untuk aku menerimanya. Lantas hatiku merintih hiba,di sejadah biru itulah aku merintih, ‘Ya ALLAH,aku sanggup hilang sesiapapun yang ada dalam hidupku,asalkan aku tidak kehilanganMU’.. mungkin inilah ujian dari ALLAH,yang menuntut janjiku padaNYA. Hinggakan aku merasakan keseorangan. Saat itu yang aku tahu aku cuma ada ALLAH. Hanya padaNYA aku merintih,dan merayu,agar di kuatkan hati untuk menghadapi segala ujian ini. Semakin hari,aku terasa seperti semakin di sisihkan. Entah lah,apa yang ku lakukan,mungkin terlalu banyak dosaku padaNYA,lantas inilah kesan yang ku terima.
dulu saat aku di sisih rakan2 sekolahku,aku tidak punya sesiapa,dengan ALLAH pun jauh sekali untuk mendekati. Lantas aku memilih jalan yang salah untuk kembali rasa berteman. Juga membuat sesuatu yang tidak ALLAH redhai..
tapi saat ini,saat aku keseorangan,tanpa insan menemani,aku yakin ALLAH ada,setelah aku kembali mencari jalanNYA yang lurus. Hati yang tidak tenang dulupun,bisa ku tepis kini,mencari keriangan walaupun keseorangan. Mungkin kerana keyakinan itulah aku mendapat ‘reward’ dariNYA. DIA hadirkan aku seorang teman yang membuatkan aku rasa di hargai, DIA lemparkan jua aku ke dalam hingarnya persahabatan di taman al-muttaqim itu. Cukup indah bagiku,hingga ke dasar hati ini,aku merasakan yang aku tidak keseorangan. Ada insan2 lain yang bersamaku di jalan ALLAH menemani.
kini aku terpisah dengan mereka,tapi berpisah jasad cuma,hati kami tetap bersatu dalam ukhwah yang terjalin. Meskipun kini aku sedang sendirian,tapi jalinan persahabatan ku tidak. Aku ada ramai sahabat yang menemani aku.
hanya ALLAH bagiku,lantas DIA meletakkan aku ke dalam ukhwah dan cintaku ke atas sahabat keranaNYA. Cukup indah bila meletakkan hanya ALLAH di saat kesepian. Biarkah keseorangan,asalkan ALLAH di sisi. Moga aku tidak jauh dari rahmatNYA..

MAFI KHOLBI KHOIRULLAH
TIADA DI HATIKU SELAIN ALLAH
aku menolak semua cinta ajnabi,dan aku kosongkan hatiku dari mencinta ajnabi,untuk meletakkan hanya cinta ALLAH di hatiku. Dan aku mahu mencintai hambaNYA yang lain,hanya kerana DIA. halal dan tidak melanggar syariat. Lantas ku buang semua nama ajnabi,ku ukir nama ILLAHI. ALLAH tahu,aku sedang mengukir namaNYA di hatiku. Bermula dengan teman rapatku,seorang ajnabi,di jauhkan dariku. Aku sering bersamanya,study,ulang kaji,mahupun apa jua yang aku buat di kolej,dia menemani.tapi dia punya cinta tersendiri,mungkin kerana cemburu,aku di jauhi. Masih belum ku mengerti rencana ILLAHI.
hadir pula ajnabi ini,menyulam kasih melebihi sahabat di hati. Budi dan kata,jua agama menjerat hatiku untuk terus melakar sayang tanpa redha ILLAHI ini. Tetapi,diriku pula di jauhi. Jauh....dan semakin menjauh. Aku tidak mampu menerima perubahannya,katanya masih sayang,tapi kenapa mesti lari dariku. Atas alasan nasihat ayahnya,rupanya aku belum tahu dia mendapat hidayah dari ALLAH lebih awal dariku. Lantaran dia semakin hilang dalam diriku. Aku masih jua belum memahami agendaMU ya ROBBI.
Ada lagi ajnabi ini,pernah ku serahkan segala cinta di hati,ketika jahil masih menyelubungi diri. Tapi,dia masih menganggap diriku sama seperti dulu,lantas apa yang di minta melampaui batasnya. Ku marahinya,dan minta dia supaya tidak menggangguku lagi,bengangnya dia bukan kepalang,janjinya aku takkan di hubunginya lagi.terasa sebuah kehilangan,tapi alah bisa tegar biasa. Kehilangan ini bukan pertama kali ku alami,aku yakin dia akan kembali mencariku. Aku semakin keliru dengan haluan ciptaan ILAHI.
aku kembali menyambung hubungan dengan kekasih lama,Cuma kali ini,lebih banyak batasan. Tidak aku sentuhnya,tidak juga ku salaminya. Tapi aku ini insan ke tiga. Entah,apa lagi yang ALLAH rancangkan buat diri ku.
lelaki,semakin hilang dari dalam diriku. Sekadar sahabat di pinggiran bicara cuma. Pelik sungguh rencana yang ESA. Rupanya DIA mahu menghadiahkan seorang ajnabi yang mampu membawaku ke jalan ILLAHI. Lantas bimbingannya dan sahabatnya,menjadikan aku menjadikan cintaMU ROBBI,cinta sejati. Ku tinggalkan segala cinta ajnabi,ku buang segala nama lelaki. Aku gantikan dengan namaMU ya ALLAH,tuhan yang maha menyayangi...

NUR MUHAMMAD SHOLLALLAH
MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
usah aku terangkan lagi bicara ini. Semuanya sudah mengerti,hakikatnya kekasih ALLAH ini wajib di cintai. Tapi suatu ketika,akidahku pernah goyah,aku tidak percaya untuk mencintai RASULULLAH. Banyak madah yang tiba2 hadir di jiwa,membangkang keagungannya menjadi pesuruh ALLAH. Untuk mengikut sunnah baginda pun aku kurang percaya. Mungkin hatiku yang kotor menghijabkan aku dari cinta yang suci ini. Tapi ALLAH itu maha memberi,di hadiahkan buatku kasih pada seorang nabi. Di hadirkan padaku sahabat pembimbing kisah pesuruh ILLAHI. Di ceritakan juga betapa baginda mencintai umatnya. Menitik air mataku membaca kisahnya. Betapa mulianya hati baginda,lantas aku mula mencuba untuk mencintainya.
khabarkanlah padaku lagi,kisah tentang baginda. Ceritakan lagi,kebaikkan baginda. Kurniakan aku cinta yang setia. Moga akhlak RASULULLAH menjadi ikutan ku dan pemangkin kasihku pada baginda.

LAILAHAILLALLAH
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
(di petik dari buku Asmaul Husna,atas namaMU aku merintih)
YA ALLAH,YA AZHIIM.YA QUDDUS,yang maha agung lagi maha suci,ENGKAU alirkanlah kalimah ‘LAILAHAILLALLAH’ ke dalam saliran darah kami. ENGKAU alirkanlah kalimah ‘LAILAHAILLALLAH’ kepada seluruh anggota kami. Dengan kalimah inilah,kami mampu mengharungi kehidupan di dunia sebagai hamba dan khalifahMU. Dengan kalimah ini jugalah syaitan tidak mampu mengalir ke dalam darah kami. Jadikah kehidupan kami ni di atas orbit fitrah kejadian kami yang ENGKAU ciptakan dengan penuh kesempurnaan sehingga akhir hayat kami.
YA AALAH,YA AZHIIM,YA QUDDUS,Tuhan yang maha gung lagi maha suci. Aku sering kali membaca ‘LAILAHAILLALLAH’ yang membawa erti ‘tiada tuhan yang layak di sembah melainkan ENGKAU YA ALLAH’. Namun aku sedar ianya d bibirku sahaja, ianya tidak mampu ku ucapkan dengan hatiku kerana sesungguhnya dalam hati ini masih banyak lagi tuhan-tuhan lain selain ENGKAU YA ALLAH YA WADUD. Selama ini aku bertuhankan nafsu kerana aku lebih menurutkan nafsu daripadaMU YA ALLAH. Selama ini aku bertuhankan dunia, wang ringgit, harta benda dan sering kali aku mengabaikan perintahMU dan melanggar laranganMU. Aku juga YA ALLAh lebih mengutamakan kata2 manusia, kehendak manusia makhluk ciptaanMU YA ALLAH dan tidak mengutamakan ENGKAU YA ALLAH YA WADDUD. Ampunilah, ampunilah, ampunilah YA ALLAH segala dosa2 aku selama ini kerana bertuhankan lain selain daripadaMU YA ALLAH. Sesungguhnya jiwaku menjadi hamba nafsu,hamba dunia,dan hamba manusia YA ALLAH. Jiwaku tersepit,terpenjara dan menderita kerana mengabdikan dan menghambakan diri kepada makhlukMU yang lemah dan tidak kekal YA ALLAH, selama ini jiwaku di kurung,tidak bebas melakuka apa yang jiwaku inginkan iaitu mengabdikan diri semata-mta kepadaMU YA ALLAH. Aku sering melakukan sesuatu untuk manusia dan mengharapkan ganjaran dan pujian manusia, tetapi sebaliknya aku hanya mendapat kekecewaan dan penderitaan. Sesungguhnya kasih dan cinta manusia itu tidak ekal,tidak abadi dan tidak suci...........

No comments:

Post a Comment