BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 4, 2010

LA TAHZAN…….SATU UJIAN?

La tahzan……jangan bersedih….

Bukan sekali ku dengar ayat ini,malah setiap temanku yang mengerti akan derita ini,atau sekurang-kurangnya ada pada malam aku pitam di surau hari itu,akan melafazkan kata ini. Ia seolah-olah menjadi satu pujukan bagiku. Malah diorang bukan lafazkan kosong tapi beserta janji-janji yang ALLAH ukirkan buat hamba-hambanya. Dari situ aku ingin kongsi setiap pengalaman ku,dalam bait kata janji ALLAH..


“ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang di usahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang di kerjakannya. (Mereka berdoa): ‘Ya Tuhan kami,janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami,janganlah ENGKAU bebankan kami beban yang berat sebagaimana ENGKAU bebankan kepada orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami,janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. ENGKAUlah Penolong kami,maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir” al-baqarah,ayat 286

Ini janji ALLAH yang paling..paling berkesan di hati aku. ALLAH tidak membebani sesorang melebihi keupayaannya,itu janji ALLAH. Malah sepanjang hidup aku,aku tidak pula berdepan dengan masalah yang tak mampu aku nak tanggung. Ye lah,law aku tak mampu nak tanggung,entah2 aku dah tak de kat sini. Ney dah menunjukkan setiap masalah yang aku hadapi tu,aku mampu tanggung.sebab ALLAH kasi masalah yang tak membebani aku melebihi kesanggupan aku. Bila masalah itu berlalu pergi,aku seolah-olah tak pernah merasakan kesukaran yang aku pernah aku hadapi sewaktu menghadapi masalah tu,sungguh ALLAH maha Penyayang. Tidak di bebani hambanya jauh dari keupayaannya.

Ayat ini juga satu doa. Doa di mana kita meminta supaya tidak dibebani sesuatu yang melebihi kesanggupan kita. Memang janji ALLAH itu pasti,tetapi mengapa masih ada seseorang yang menganggap masalah atau ujian yang di hadapi melebihi kesanggupannya. Ini mungkin kerana lemahnya iman. Nauzubillah. Sebagai mukmin,doa itu senjata. Memohon untuk tidak di bebani sesuatu yang berat samalah dengan memohon di perkuatkan iman. Iman yang kuat,akan mampu menghadapi setiap ujian yang melanda dengan redha dan pasrah. Sesungguhnya janji ALLAH itu pasti.


“sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan” al-insyirah,ayat 5 & 6

Dua kali ALLAH ulang ayat ni dalam surah al-insyirah. Malah kita juga sering dengar,setiap musibah ada hikmahnya. Itu juga janji ALLAH. Malah ALLAH juga berjanji,setiap penyakit itu ada ubatnya,kecuali sakit tua dan mati. Setiap masalah yang kita hadapi,ALLAH dah tetapkan jalan penyelesaiannya. Cuma kita perlu berusaha untuk mencarinya,berdoa mohon di permudahkan,seterusnya bertawakal pada ALLAH. Menyerahkan segala ketentuan pada ALLAH. Di kolej,aku ada seorang sahabat yang tidak menegurku hampir sebulan lamanya. Aku ego untuk tidak mengakui di mana silapku,padahal ia memang jelas di depan mata. Aku jadi serba-salah,ye lah,dia pun aku kena jumpa hari2. Lama aku tunggu untuk cari jalan penyelesaiannya,aku cuba menegurnya,cuba menyampaikan pesan,atau cuba menyampuk bila dia berbual dengan sahabat yang lain. Tapi selepas itu,dia kembali dingin denganku.

Aku tidak segan untuk mengaku,yang aku pernah mengamuk dengan dia. Macam2 jugak aku buat untuk tunjuk protes padanya. Tak jadi cara baik,aku guna cara kasar. Tapi nampaknya,dua2 tak menjadi. Sedangkan ALLAH telah menetapkan jalan penyelesaiannya,dengan hanya mintak maaf,Cuma aku yang sombong. Lastly,aku tundukkan ego,dan mintak maaf jugak dengan dia. Tak sangka,esoknya kami dah boleh berborak panjang,segala cerita yang berlaku sepanjang peselisihan faham kami,semuanya di cerita. SUBHANALLAH,betapa janji ALLAH itu di tepati,jalannya telah tersedia,hanya kita yang perlu berusaha. Sahabat aku itu juga sebenarnya mencari peluang untuk memohon maaf padaku,tapi aku terlebih dahulu memohon maaf darinya. Menangis dia kerana tidak mampu menundukkan egonya terlebih dahulu dariku,sucinya hati seorang kawan. Sesungguhnya janji ALLAH itu pasti.

Surah ini di baca sahabat yang paling aku cintai,sewaktu minggu exam sem 2 di kolej ku.waktu itu,aku betul2 gundah. Apa yang aku study,terasa berat untuk di hadapi. Topic banyak lagi tak study,exam dah dekat,menagis aku di buatnya. Dia menghampiri,dan meminta aku membaca surah itu. Lantas dia membaca makna surah itu,beserta kata semangat padaku,meyedarkan aku betapa janji ALLAH itu pasti. Hatiku tenang,dan aku boleh meneruskan study. ALHAMDULILLAH,berkat usahaku beserta janji ALLAH,aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam examku.

Ingat!! Usaha,doa dan tawakkal. Sesungguhnya janji ALLAH itu pasti.


“banyak mata yang terjaga, banyak pula yang tertidur lelap. Memikirkan persoalan yang sudah atau belum terjadi. Tinggallah rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh membuatmu gila. Kelmarin, ALLAH telah menolongmu,percayalah esokpun DIA masih tetap akan menolongmu” iman syafie

Masih belum sedarkah setiap yang kita alami saban hari adalah pertolongan dari ALLAH. Untuk aku berikan contoh pertolongan ALLAH dalam hidupku,masyaAllah,terlalu banyak. Tak mampu untuk aku hitung. Hingga ‘rambang mataku’ nak pilih mana satu yang patut di kongsi. Setiap masalah ku pasti ALLAH tolong. Tak pernah dia biarkan aku sepi tanpa pertolongannya.

Cuba ingat,saat kita gundah gulana,hati tidak tenang,apa yang kita buat? Ada yang cari kawan untuk ceritakan isi hati. Siapa yang bisikkan pada kita, itu adalah cara untuk tenangkan diri,kalau bukan ALLAH. Siapa pula yang hadirkan sahabat itu,yang sanggup berkorban masa,mendengar luahan hati kita? Itu juga dari ALLAH. Malah nasihat dan kata semangat yang sahabat itu ukirkan jua adalah petunjuk dari ALLAH. Aku punya ramai sahabat seperti ini,yang semuanya pertolongan dari ALLAH.

Sesetengahnya pula,memilih untuk mendekatkan diri pada ALLAH. Dengan baca quran,solat,doa,qiammulail. Ketika itu,setiap bait ayat ALLAH yang kita baca,terasa syahdunya. Sampaikan yang tak pernah menangis pun,menitikkan air mata. Betapa terasanya dekat dengan ALLAH. Bukankah janji ALLAH,mengingatiNYA,hati akn menjadi tenang.

Ada pula yang tidur,makan,pergi berjalan-jalan,malah macam-macam lagi yang kita buat untuk tenangkan diri kita. Siapa yang ilhamkan semua ini? Meskipun ada orang yang memberi cadangan,itu tetap dari ALLAH. Yang paling penting,siapa yang menghilangkan rasa gundah itu,jika tidak ALLAH. Baru sebentar tadi,nak study semuanya tak masuk. Buat itu tak kena,ini tak kena,rasa macam nak campak aje semua buku yang ada. Tiba2 tanpa kita sedar,rasa itu hilang. Biarpun berapa lama masa yang di ambil,tapi rasa gundah itu tetap hilang. Siapa yang hilangkannya? Mungkin sahabat yang menghiburkan,mungkin tidur yang melenakan,mungkin jua permandangan yang menenangkan. Tapi aku yakin,mesti ramai yang akan jawb,semua ini dari ALLAH. Bukan kah itu satu pertolonga dari ALLAH.

Bukan sekali hati yang gundah,menjadi tenang. Malah setiap orang mengalaminya berkali2. Seandainya hati yang gundah itu hadir lagi,adakah kita yakin yang ia akan tenang? Saat itu ingatlah semuanya dari ALLAH. ALLAH telah tolonh kita sebelum ini,dan DIA akan tolong kita lagi,yakinlah. Sesungguhnya janji ALLAH itu pasti.


“patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan di biarkan dengan berkata ‘kami beriman’, sedangkan mereka tidak di uji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang2 terdahulu daripada mereka,maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang di ketahui ALLAH tentang orang2 yang sebenar-benarnya beriman,dan nyata pula pa yang di ketahuiNYA tentang orang2 yang berdusta” al-ankabut,ayat 2,3

Ujian hidup bukan tanda ALLAH tidak sayang,malh ujian itulah tandanya ALLAH sayang pada hamba2 NYA. Tidak di biarkan manusia hidup dalam kelalaian kesenangan dunia. Di turunkanNYA ‘sedikit’ ujian,agar hamba2NYA mengingatiNYA. Tidakkah kita sedar,saat kita mula di landa masalah,waktu itu kita mengadu pada ALLAH,berdoa padanya,mohon di permudahkan,membaca quran,solat sunnat hajat,bukankah itu kita mengingatiNYA. Dalam arus moden ini,bahkan setiap manusia,kadang2 lupa untuk mengingati ALLAH sewaktu senang (nauzubillah),lalai seketika. Maha Suci ALLAH yang tidak mahu hambaNYA lalai,lantas di turunkan ujian,supaya kembali mengingatiNYA. Harus kan rasa bersyukur itu di luahkan pada Pencipta,yang menyedarkan kita akan kelalaian kita,dan tidak membiarkan kita terus hanyut. subhanALLAH,alhamdulillah.

Semakin banyak ujian,semakin sayang ALLAH pada kita,seandainya kita kembali ke landasannya. Aku pernah terbaca,semakin kuat iman seseorang itu semakin kuat jugalah ujian yang di hadapinya. Dan setiap ujian yang di hadapi dengan sabar dan tabah,martabatnya di sisi ALLAH akan meningkat. Betapa ALLAH sayang akan hambaNYA yang soleh. Sesungguhnya janji ALLAH itu pasti.

Aku pernah hanyut dengan dunia. Lalai dalam kealpaan keseronokkan. Lupa ALLAH,meskipun dalam kesusuhan yang kecil. Teris terpesona dengan dunia,lalai dan leka. Hidup bertemankan fana yang lupa. Namun jauh di hatiku,kadang berbisik aku ingin kembali ke jalanNYA,kembali sujud pada Pencipta. Tapi kesenangan dunia membuatkan impian jiwaku terkubur di dasarnya. Mungkin itu sumber imanku yang senipis kulit bawang,membawa kepada kecintaan Tuhan. Lantas aku diturunkan satu ujian yang amat berat untuk ku tanggung. Tapi janji ALLAH tetap di tepati,masih mampu aku menanggungnya. Ujian ini membuatkan aku mula berfikir akan pertolongan ALLAH. Perkara wajib mula ku lakukan. Maha Suci ALLAH yang membimbing aku untuk berubah mendekatkan diriku padaNYA. Bagi ku ia bermula dengan satu ujian yang mebuatkan aku tersedar dan insaf bahawa naifnya diri ini tanpa pertolongan ALLAH. Seandainya tanpa ujian itu,mungkin aku masih hanyut dengan dunia. Nauzubillah. Kini aku yakin,sesungguhnya janji ALLAH itu pasti.


“tiap2 diri akn merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan” al-anbia’, ayat 35

Adakah seseorang itu fikir yang ujian ALLAH itu hanya kesusahan.? Gagal dalam exam,hilang orang yang tersayang,putus cinta,atau lain2 bentuk kepayahan? Bukankah Berjaya dalam hidup itu juga satu ujian? Ujian untuk kita tidak lupa pada ALLAH ketika senang,ujian untuk kita mensyukuri segala nikmat ALLAH,ujian untuk kita tidak lupa akan kuasa ALLAH yang menghadiahkan segala kesenangan itu. Buktinya ayat di atas menunjukkan kedua-dua kesusahan dan kesenangan itu ujian. Malah hidup di dunia ini satu ujian,nafas yang kita hela setiap saat ini juga satu ujian. masyaALLAH,besar sungguh ujian ALLAH. Setiap saat,setiap detik yang kita lalui,itulah ujian ALLAH.sesungguhnya janji ALLAH itu pasti.


Ujian hidup,masalah malah kepayahan bukan sesuatu yang asing bagi kita. Aku lah,setiap kali aku membeli ilmiah islam,apa yang aku cari ialah tajuk yang b erkenaan masalah hidup,macammana nak hadapi masalah,cam ne masalah itu dapat mendekatkan diri aku dengan ALLAH. Rupanya setiap orang tak terlepas dengan ujian ALLAH. Muslim or non-muslim. Mukmin or muslim,selagi bernama hamba ALLAH yang berakal,ujian ALLAH pasti menyapa. Macammana sekalipun keadaan yang melanda ian tetap ujian.

Waktu aku jahil,banyak ujian yang aku hadapi. Tapi aku lupa untuk menghambakan diri aku pada ALLAH. Kadang2 ujian itu cukup berat untuk aku hadapi. Entah lah aku lupa apa yang aku fikir saat itu. Bila aku mula sedar akan janji2 ALLAH,aku menoleh kebelakang masa silamku,mencari sedikit pengajaran dari apa yang terjadi. subhanALLAH,betapa kuatnya ku masa itu menghadapi segala macam ujian yang aku alami. Betapa aku lihat,ALLAH itu maha Penyayang,masih di beri kesempatan untuk aku gagah menghadapi segala ujian. Aku tidak sedar mulanya kekuatan itu,tapi bila sahabat memberi semangat,aku mula sedar ALLAH di sisiku.

Pesanku,bersabarlah ketika menghadapi kesusahan dan bersyukurlah atas segala kesenangan. Sesungguhnya kedua-duanya adalah ujian ALLAH. Segala apa yang terlakar di sini adlah perkongsian semata-mata,bukan untuk membuka pekong di dada,bukan jua mengutuk atau menguji sesiapa. Segala yang baik adlah ilham dari ALLAH,dan segala yang buruk adalah kelemahan dalam diri yang juga ujian ALLAH. Janji ALLAH lagi,apabila seseorang itu menasihati yang lain,dia akan di uji dengan nasihatnya itu. Andai suatu hari aku alpa,ingatkan aku kembali dengan janji2 ALLAH yang aku lakarkan ini. Salam mujahadah!!

Syazana-4 jun 2010-11.55 pm

1 comment: