BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 19, 2010

DUHAI AJNABI,DENGARLAH RAYUANKU






wadah ini kulakar untuk mengetuk pintu hatiku yang telah sekian lama lalai.

duhai ajnabi,
dengarlah rayuanku
terbit dari dasar hati
bertemankan iman senipis kulit bawang
mungkin lebih nipis dari itu

aku pernah menangis suatu ketika,kerana kehilanganmu
aku pernah merayu suatu waktu,agar kau tidak pergi dariku
aku pernah mengharap suatu ketika, agar aku bisa mengisi lubuk hatimu
aku pernah mengugurkan wardah di syurga
kerna tergoda dengan pujuk rayumu
aku pernah mencemarkan cinta suci ini
dengan hadiahkannya padamu,ajnabi
kononnya semuanya terlakar indah antara kita
aku yang tidak pernah jemu mendamba cintamu
suatu ketika
suatu waktu
suatu saat
yang aku dan kau telah tinggalkan

hatiku takut terlalai lagi
andai aku kembali menyemai benih keakraban antara kita
bukan niat ku menjauhi kerana membenci
tapi itu tuntutan syar’e
aku mengejar kembali cinta ILAHI
yang pernah aku berikan padamu
layu dalam dakapan asmara dunia
longlai dengan kebahagiaan fana
alpa dengan cinta dunia

duhai ajnabi
ketahuilah
aku lah selemah-lemah insan yang tak mampu menghindar dari pujuk rayu
manis bermadu
akhirnya lenyap di telan bisa duri khayalanku
aku alpa suatu ketika dulu
sewaktu menyerahkan jiwa ragaku padamu
lukanya hati ini tika saat itu melayang dalam kotak kenangan
aku mencemarkan sebuah cinta hakiki
dengan cinta ajnabi

duhai ajnabi
aku mahu menutup diriku dengan kelubung malu
lantaran dulu aku pernah pamerkan di ruang matamu

duhai ajnabi
kalam indah ku lakar untuk menyedarkan kita berdua dari terus lalai dengan dunia.
Kau pernah hadir tika aku dalam derita,tapi ALLAH sentiasa ada setiap ketika.
kau memujukku dengan kata2,memberi semangat padaku setiap duka
Cuma kata2 mu itu tidak selunak janji ILAHi
terlakar indah kalamullah,setiap saat menghadiahkan ku
ketenangan yang bukan darimu

duhai ajnabi
diri ini cuba ku ubah
agar menjadi secantik perhiasan duniawi
tapi hadirmu bakal membuatkan kecantikkan ku suram
tenggelam di telan dosa semalam

duhai ajnabi
kenapa kau tidak mahu mengerti
kenapa aku menjauhi
aku mahu gapai indah cinta ILAHI
kau mendesak aku agar mengukir kembali kenangan bersama
yang akan menghayutkan dalam dosa

duhai ajnabi
aku tidak mengharapkan kau kembali
tapi aku pohon fahamilah diri ini
yang mula melakar cinta di taman islami
indah,semarak cinta ILAHI



Coretan untuk ‘dia’,jua buat semua ajnabi,mengertilah
assalamualaikum
maafkan yana sebab tak sempat nak luahkan prinsip yana pada awak
maafkan yana juga sebab dah banyak kali lukakan hati awak
semua tu kelemahan yana
dan ujian dari ALLAH
buat kita berdua......
yana nak awak tahu,apa yang yana buat sekarang ni
perjuangan yana untuk gapai cinta ILAHI
lantaran hinanya diri yana ni
sebab pernah mencemarkan cinta suci ini dengan cinta ajnabi...
kotornya hati ini kerna pernah mengugurkan wardah di syurga
hidayah yang ALLAH hadiahkan ini cukup indah
sebab tu yana tak nak sia-siaka
takut ianya akan hilang. Nauzubillah
lantas surah annur di jadikan pegangan
segalanya lengkap terlakar di situ
indah........
yana cuba mengorak langkah mencipta dunia baru
dunia yang indah dengan cinta ALLAH yang satu......
oleh itu,mujahadah pertama dalam diri yana
tinggalkan semua cinta ajnabi
kerana itu bakal menghalang cinta yana pada ILAHI
usaha yang paling sukar
tapi iman merelakan...........
fahamlah
usaha ini bukan untuk memutuskan persahabatan kita
yang telah kita bina sejak sekian lama
tapi mengubah ukhwah ini ke jalan tarbiah yang di redhai.....
cinta dan usaha awak suatu ketika dulu
waktu yana susah,yana hargai sangat2.......
oleh itu, yana cuba jelaskan pada awak
prinsip yana perlahan-lahan
supaya terjaga hati awak yang indah itu......
tapi nampaknya awak belum faham...
ini Cuma satu usaha
untuk awak tahu pendirian yana sekarang......
ALLAH lah yang membuka pintu hati awak untuk menerimanya atau tak....
ketahuilah
bukan awak seorang yang yana jauhi
tapi semua ajnabi yang bakal
membuka kelalaian diri
insyaALLAH
yana bukan nak bangga diri atau merendahkan oarang lain
bahkan,mana tahu awak lagi mulia di sisi ALLAH
hanya ALLAH yang mengetahui
diri ini terlalu hina di hadapan Pencipta...
lantaran itu, cuba di elakkan apa yang membuatkan diri hina di sisiNYA
apa yang yana cuba sampaikan
hanyalah sedikit dari ilmu ALLAH
terlalu sedikit................
moga kita istiqamah menuju cinta ILAHI.....
segala yang buruk,yana mohon maaf
kerana semuanya dari yana.....
moga awak jua beroleh hidayah yang lebih baik dari yana......
hidup lah dalam cinta ALLAH
kerana cintanya cukup indah.......
maafkan diriku yang cukup hina ini
diriku menjauhimu untuk meletakkan
ukhwah kita dalam syariat islam
bukan benci yang bertandang......
moga ALLAH ikhlaskan hati ini keranaNYA...........
maaf
fahamlah
jangan hubungi yana selagi takde benda penting
yana takut dengan meseg dan call awak
hati yana tergoda dan tercemar
lantas lalai.nauzubillah
semoga ALLAH sentiasa bersama kita.........
salam mujahadah...........

BUAT AMIRUL HAKIMI,abang yang tersayang
sungguh indah rasa sayang di hati
terukir segala memori
ukhwah yang terbina di atas harapan yang suci
sebagai abang,enta hadirkan diri
mengisi ruang hati,yang hampir terluka dengan abang sendiri
layanan enta,walaupun tidak menyapa
menjadi penguat dalam mujahadah ini

tapi ana belum lupa
enta juga ajnabi bagi ana
walau sejauh manapun hubungan adik-abang ini cuba di halalkan
tapi enta tetap ajnabi
bukan muhrim di sisi
lantas taraf enta sama dengan ajnabi yang lain dalam diri ana
tapi mungkin enta lebih bermakna dalam hidup ana
kerana jasa enta,pemangkin cinta ILAHI

enta pernah melalaikan ana
dengan bahagia bertandang di hati
mungkinkah itu murka ILAHI
tapi ana terus membisukan diri
enta juga ana hubungi

jiwa ini seakan tidak membenarkan
tapi iman cuba merelakan
berjauhan dengan enta cuba ana elakkan
tapi mujahadah perlu di teruskan
impian enta dan farah perlu ana tunaikan
diri ini tidak mungkin dapat lari daripadamu sepenuhnya
lantaran ana merayu
larilah dari ana
jauhilah diri ana
ini lah cara untuk enta lihat impian enta mekar bebunga
menjadikan ana mawar berseri
dengan syauqah memagari
itu kan doa enta pada ana saban ketika
pesan yang sentiasa membakar di jiwa

tapi,ana tak mahu kerana enta
impian enta
matlamat ana........... hancur
memohon maaf di atas segala kedhaifan diri
andai ana juga pernah membuka kelalaian diri
walau dengan apa cara sekalipun
enta tetap abang yang ana sayangi
mulai saat ini
bawah lah haluan sendiri
insyaALLAH,enta akan ana hubungi
hanya untuk perkara yang penting
harap2 tidak lagi mengadu sepi
remeh-temeh tanpa sedari
itu kelemahan ana sendiri
asif

kalam akhir
doakan ana mekar suatu hari nanti
menjadi mawar berduri
bersama teman yang enta sayangi
-dikna-

No comments:

Post a Comment