BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 28, 2010

MOGA HARUM NAMAKU DI HATIMU

buat insan yang pernah ku hadiahkan kata2 ini
hanya pada dirimu sahaja aku hadiah kata2 ini,moga harum namaku di hati mu. itulah doaku
ku selitkan dalam lipatan kata hikmah,moga menjadi pedoman dalam hidup mu. moga kau simpan sampai saat ini. kau tahu siapa dirimu saat kau membaca blog ini. andai lah kau tahu blog ini wujud.
namaku nor syazana,membawa makna cahaya keharuman kami,dari situ ku tuju kata2 itu buat mu,kerna waktu itu hanya kamu yang aku ada
ALLAH lebih mengerti apa yang terbaik kepada kita. DIA terlebih dahulu menghindarkan mu dari derita. membawa kamu jauh dariku,agar terhindar dosa. kuat pegangan mu pada islam,hingga aku hampir2 tidak kau pedulikan.
aku tinggalkan mu,dan pergi pada yang lain. tanpa sedar sebenarnya kau lebih menyayangi aku dari dia. kau cuba menghindarkan aku dari dosa. tapi aku sengaja terjun ke lembah neraka. terima kasih kerana menyedarkan aku,kau titip ukhwah berserta doa buatku.
moga doa kau mengembali kanku ke jalan yang ALLAH redhai.
lupakan aku,meskipun aku mendekatimu. jauhi aku meskipun aku meningatimu
aku tak mahu kerana aku kau menempah dosa,aku tak mahu kerna ku,kau menjejak neraka. sukar untukku untuk lari dari mu,maka aku harapkan dirimu untuk lari dari ku.
moga kita sama2 di redhai ALLAH. moga doa ibu dan ayah yang mengetahui tentang kita sentiasa mengiringi. moga nanti jika benar aku jodoh mu,ukhwah kita di redhai.
moga itu jadi kenyataan. maafkan aku pernah mengheretku kelembah sengsara dan murka ALLAH.

MOHON CINTA DARI MU

DI ATAS NAMA CINTA
UNIC
tika mata di uji
manisnya senyuman
terpamit rasa
menyubur harapan
dan seketika
terlontar kedunia khayalan
hingga terlupa
singkat perjalanan
tersedar aku dari terlena
di buai lembut belaian cinta

rela aku tendangkan
impian yang tersimpan
engganku ke asyikkan
usah keindahannya
merampas rasa cinta
pada DIA yang lebih Sempurna

bukan mudah
bernafas dalam jiwa hamba
dan ku cuba
menghindarkan pesona maya
kerna tak upaya ku hadapi nya
andai murkaNYA menghukum leka

di atas nama cinta
pada yang selayaknya
ku nafikan yang fana
moga dalam hitungan
setiap pengorbanan
agar di suluh cahya redhaNYA

biar sendiri hingga hujung nyawa
asal tak sepi dari kasihNYA
kerna sesungguhnya hakikat cinta
hanya DIA yang Esa

di atas nama cinta
pada yang selayaknya
ku nafikan yang fana
moga dalam hitungan setiap pengorbanan
agar di suluh redhaNYA

sarankan hati ini
dengan cinta hakiki
sehingga ku rasai nikmat nya
syurgaNYA
cintaNYA

SIAPA AKU DAN SIAPA KAMU???

bayangkan kalaw kata2 itu dari ALLAH saat kita menghadapNYA di alam akhirat nanti. itulah yang sakinah,naqibah ku cuba sampaikan. kata nya lagi, di saat kita bertemu ALLAH nanti,ALLAH bertanyakan soalan itu pada kita.
"ENGKAU MENGATAKAN ENGKAU MENCINTAI AKU,TAPI LARANGAN KU TIDAK KAU TINGGALKAN,SURUHAN KU TIDAK KAU LAKUKAN."
apa yang akan kita rasa,mungkin ada yang menjawab takut,gentar,gerun. tapi segerun manakah perasaan itu menerjah jiwa kita saat ini.
hati siapa yang tidak terusik dengan kata2 sakinah itu? hati siapa yang sedikit pun tak de rasa takut dalam dirinya apabila membayangkan kata2 sakinah itu benar2 terjadi? siapa yang tidak teringat dosa2 lalu yang dilakukan saat itu? siapa tak teringat akan suruhan2 ALLAH yang di tinggalkan. sesungguhnya orang itu orang yang amat sombong.
aku muhasabah diri,sesungguhnya aku lah orang yang sombong itu. meletakkan diri dalam kesenangan dunia tanpa mahu berfikir dari mana aku dapat semua itu. aku alpa dengan dunia,aku leka dengan hidup.
saat kata2 sakinah menusuk sanubari,aku menyembunyikan wajahku di balik telekung,bukan malu.tapi menyembunyikan titis air mata yang mula mengalir dari kelopak mataku. aku menekap kedua mata ku,agar titis itu tidak mengalir. benar,aku lah orang yang sombong itu. di mana sebenarnya cinta aku pada ALLAH saat ini.
amirul hakimi dan farah najiha sudah banyak membimbing aku. tapi di mana kah aku kini untuk membalas segala pengorbanan mereka? di mana iman ku kini?
bila pula sakinah mula mempersoalkan tentang cinta rasulullah. aku mula memberi sepenuh perhatian. cuma menggarap di mana cinta ku pada insan istimewa itu. kerna aku sedar cinta ku pada rasulullah tak ke mana,aku keliru. namun masa tak mengizinkan,azan isyhak mula kedengaran,usrah kami terpaksa di berhentikan. namun aku sempat berkongsi sabda nabi yang pernah ku baca "tidak sempurna iman seseorang selagi rasulnya tidak di cintai melebihi isteri dan anak2nya,ibu bapanya." lebih kurang begitulah. sakinah mengangguk. farah memandangku.
itu saja yang boleh aku katakan? sedangkan di mana cintaku yang sepatutnya aku serahkan kepada rasulullah. di mana cinta ku pada ALLAH??

Monday, February 22, 2010

DI MANA TEMAN?? DI MANA SAHABAT?? DI MANA UKHWAH?? AKU KEHILANGAN!!

seorang sahabatku yang aku kasihi,yang aku sayangi. haniza.... sesungguhnya aku langsung tidak menyangka, bicaramu retak di usia perjalanan. mengaku aku hidupmu,mengaku aku matimu. setelah di uji barang seketika,kau sungkurkan ukhwah persahabatan kita di pinggiran muara. sampai hatimu..
aku bukan menyalahkanmu. aku mengaku semuanya berpunca dariku. aku meletakkan ukhwah kita di jurang sengketa. sehingga tanpa sedar aku menolaknya ke gaung derita.
malam itu,bukan pengakhiran kita,tapi bagiku,sengsara yang ku terima. aku bersbar semampu yang mungkin, meskipun kata2 ku pada kau laangsung tak menggambarkan kesabaranku. aku cuba meletakkan kata2 ku di zon jenaka.tapi nampaknya kau lebih menganggap nya sengketa.
aku menahan diriku dari meledakkan kemarahanku agar selepas itu aku mampu lagi untuk memohon maaf dari mu.
bila kau cakap kau nak tengok aku dapat tak cari kawan lain yang mampu ganti kau,sebab kau lah kawan aku,susah senang aku dengan kau. saat itu aku terkesima. namun tak pernah klu terfikir untuk menyahut cabaranmu. kerana aku tahu aku tak mampu mencari shabat sebaikmu.
namun ALLAH itu maha Penyayang,maha Pengasih,maha Agung.sekirannya kita kembali padanya,kita kembali pada ALLAH,DIA akan menggantika apa yang kita hilang,dengan sesuatu yang lebih baik. itu aku,kehilanganmu membuat aku derita,tapi aku tahu kasih sayang ALLAH bersamaku. dirimu di ganti dengan ukhwah persahabatan aku dengan farah najiha. mungkin persahabatan kami bukan tidak seakrab kau dan aku dulu. dia pun tidak pernah menganggap aku nyawanya,kerna baginya semua milik ALLAH,tapi dia insan yang cukup baik. aku berani mengaku,pengorbananya buat aku lebih besar dari apa yang kau korbankan untuk aku.
saat aku text ko lagi,menghulur kembali ukhwah persahabatan,sampai hatimu kau tak mengenaliku lagi. mungkin no fon aku da tak de dalam diari fon kau. kau padam ke?? betapa hancurnya hati aku saat itu,remuk seketika. namun ku tahu semuanya ujian ALLAH,ku lakarkan jua senyuman buatmu. ketahui lah aku pernah menyayangimu sebanyak yang mungkin. hingga kau pernah menjadi salah satu dari 2 orang paling penting dalam hidup aku.. meskipun kita dah tak macam dulu,tak seakrab itu,aku pinta,hadir temani aku di majlis pernikahan aku yang akan datang. aku mahu sat penting itu,di hiasi dengan oarang2 yang turut penting buatku.
aku berdoa moga kita di pertemukan lagi..amin!!!

KAGUM???

menyoal diri??? kagumkah??
pada seorang lelaki bernama AMIRUL HAKIMI. keliru buntu!! namun aku tahu ini bukan sayang atau suka. ini sekadar kagum,cuma kagum.. mengapa?? ini anugerah ILLAHI.
aku tidak pernah mengenal siapa amirul hakimi ini meskipun lebih satu sem satu kuliah dengan dia. aku tak pernah perasaan pun kewujudannya. tapi perkenalan di on9 ari tue,bukan sekadar membuat aku kagum pada nya,malah mengubah kembali kepercayaan aku pada lelaki. membuat aku kembali percaya masih ada lagi lelaki baik dalam dunia ni.
apa yang aki kagum?? kagum pada sesuatu yang dia miliki sebagai insan yang kelihatan sama dengan lelaki yang kurang baik yang lain. namun dia menyembunyikan kewibawaannya dan keimanan nya, jua kebolehannya. aku kagum soal itu.
hari pertama naik cuti,hari ahad,dia mengajakku ke surau maghrib itu,tika itu dia baru sampai dari 'new castle'. penat,tapi masih mampu menggagahkan kaki,menyahut seruan ILLAHI. aku menerima ajakannya,ke surau dengan farah najiha. azan berkumandang,lunak suara azan itu. tapi suara itu dah biasa aku dengar,tidak jadi pelik padaku. tapi bila iqamat di laungkan,aku berdiri di belakang tabir,aku nampak orang itu.orang yang sedang azaan itu. macam amirul hakimi,aku agak2 yang macam dalam gambar tu.. tapi aku belum pasti.benarkah itu amirul hakimi yang baru aku kenali??
aku belum pasti...
esoknya,aku nampak amirul hakimi di kuliah ku.. tapi aku belum benar2 pasti itu amirul hakimi. ye ke?? cuma aku pasti,itu lelaki yang azan semalam.. tapi kenapa nampak lain sangat dari dalam gambar?? nampak lagi 'slim'.. huhuhuhu.. dia plak tak pernah tegur aku,macam mane aku nak kenal.. banyak kali kami terserempak,tapi aku tak kenal dia pun,bukan tak kenal,tapi tak pasti. sehari lepas tu baru aku confident itu amirul hakimi,tu pun bila amirul hakimi mengaku itu dia.. kalaw tak aku akan terus dalam ketakpastian...
hari demi hari laungan azan iti berkumandang,lunak,lunak sangat,anugerah ALLAH,sehingga terkesan di hati ku.
aku kagum dengan lunak dan merdunya suaranya. sehingga aku menanti suara itu melaungkan azan,hampir setiap hari. subuh,zohor,asar,maghrib terutamanya,isyak. zohor selalu nya,aku balik tido dahulu sebelum tiba nya waktu zohor. tapi bila sampai waktu nya amirul hakimi yang azan,aku bingkas bangun. aku tak tahu kenapa,aku taknak tertinggal pun azan darinya. subuh jua,aku suka bila dia laungkan 'assolatu khairun minannaur'. meski mengantuk,aku gagahkan jua bangun. tanggungjawab aku lagipun. amirul hakimi.
dalam minggu lepas,hari2 ku tunggu,kosong tanpa laungan azan darinya,aku pelik.. mane dia,kenapa tak azan. tapi tidaklah sampai mengganggu kosentrasi ku pada apa2,sebab ini cuma kagum.. kagum cuma.. hari itu,dia tidak azan lagi,aku di bilik. bergegas ku kesurau selepas azan berkumandang. iqamat pula dari orang yang sama. terlintas di fikiranku, 'mungkin nanti isyak hari ni kot,dia azan" tapi kalaw dia tak azan pun aku tak kisah. tapi lain plak jadinya,bila mich di serahkan pada iman,suara dia yang kedengaran meminta meluruskan saf.. 'hah,dia imam ke?? habis lah'
memang betul,aku bermujahadah hari itu untuk terus khusyuk dalam solat. berkali-kali aku lalai dalam solatku,atas sebab merdunya alunan surah yang dia bacakan.. aku cuba tulikan telinga ku sebentar,mengalunkan al fatihah kuat supaya tenggelam suara nya,tapi,aku terhanyut juga.. astaghfirullah,beginilah aku solat,rela ku solat sendirian. kenapa kagum ku sampai melalaikan aku??? kanapa ya??
dia,tidak membaca doa,di serahkan pada orang lain.. aku berdoa,aku berharap isyak nanti,jangan la dia imam lagi,aku tak mampu bermujahadah lagi.. ALHAMDULILLAH,isyak hari itu dia azan aje. dan selepas itu,dia tak lagi imam,ketika aku jadi makmum..
hari ini,aku katakan padanya,lunak suaranya azan,aku mintak supaya jangan jadi iman,alasannya aku jadi lalai. dia nak taw kenapa,aku cuma cakap,aku sanggup solat kat bilik kalaw dia yang jadi imam.. dia mahu tahu lagi kenapa?? aku cuma jawab tak tahu.. dia tak puas hati lagi,lantas ku ubah topik..
aku memang tak tahu kenapa aku boleh lalai dengan suara nya.. kagum ku terlampau tinggi.. padahal dia cuma salah seorang hamba ALLAH yang biasa.sama seperti aku,mungkin cuma iman aku dan dia yang tak serupa.
maaf.amirul hakimi,aku tak ada jawapan yang psti untuk ketidak psstian ini.
safri,seorang lagi hamba ALLAH yang aku kagumi. malah rasa kagum aku pada safri melebihi kagum aku pada amirul hakimi.. tapi safri tak pernah melalaikan aku..
ya ALLAH ampuni aku lalai dalam menunaikan ibadahku. aku mohon,jangan rasa kagum ini bertukar menjadi suka atau sayang,kerana mereka juga hambaMU. aku perlu setia pada bakal suami ku tak lama lagi. pimpinlah aku kejalan mu..

Thursday, February 4, 2010

BUAT INSAN BERNAMA SAHABAT

Buat insan bernama sahabat
Jam di laptop ni dah 2.20 pg,aku jua sudah ngantuk. Tapi alang2 laptop ni ade ngan aku,dan aku ingin sekali meluahkan perasaan ku buat insan bernama sahabat yang menjadi temanku dalam waktu terdekat ini.
Farah najihah,nama yang tidak langsung asing di sini. Sebut saja namanya semua oaring kenal dengan dia,bukan saje di kenal sebagai ketua blok,tapi sebagai seorang insan yang di kagumi agamanya. Aku mengaku masa mula2 farah najihah di lantik jadi ketua blok,aku agak ragu2. Ye la,mula2 akak farah,fasi mase tu sibuk nak zam jadi ketua. Bila time perlantikkan tup2 farah najihah keluar,tak pernah Nampak pun dia sebelum tu. Tapi aku tak pernah pertikaikan keraguaan aku tu. Sampai la aku betul2 kenal dia,baru aku taw kenapa akak farah pilih dia jadi ketua blok.
Saat amirul hakimi cakap dia nak kenalkan aku dengan farah najihah,hatiku di runtun malu. Kadang2 aku pelik,aku langsung tak segan dengan amirul hakimi waktu tu,bercerita pekung di dada,tapi bila hakimi nak kenalkan aku dengan farah,supaya farah boleh tolong aku,hati aku meronta tak nak,malu terasa bukan main. Rase macam tak nak tegur pun farah kalaw amirul hakimi betul2 cakap pasal aku kat farah.
Tapi yang peliknya,aku sendiri pun tak tahu kenapa,sedang hati ini meronta mengatakan tidak,jemari ku tanpa berbolak balik menaip text pada amirul hakimi menyatakan yang aku inginkan pertolongan dari farah. Saat itu aku terfikir yang aku akan jumpa farah kat kolej aje. Mungkin amirul hakimi takkan kenalkan aku dengan farah saat itu.
Namun,debarku menggila,bila ku lihat nama farah najihah terpampang bila aku on9,jemari ku rasa sedikit kaku untuk menerima huluran ukhwah itu. Lama aku terdiam di depan computer. Kenapa secepat ini amirul hakimi kenalkan aku dengan farah. Bila aku tengok farah offline,aku berani klik ok kat situ. Tup2 farah pun terima jugak. Mase tu malu,takut,segan semua nya bercampur baur. Aku keliru sangat.
Yang peliknya,tak sampai sejam aku kenal dengan farah,aku dah mula terfikir nak cerita macam2 kat farah,terutama sekali pasal nur iman. Aku taw tak de sape yang taw pasal nur iman,haniza je yang taw. Sanggup ke aku nak orang lain tahu selain dari siapa yang tahu saat itu? Hatiku berbisik,boleh ke aku percaya farah najihah,dan amirul hakimi??? Dan saat itu,kepercayaan aku pada orang lain benar2 di renggut,aku keliru nak percaya atau tak. Sebenarnye aku lagi selesa dengan amirul hakimi mase tu,sebab aku dah terbiase berkawan dengan lelaki.
Tapi lain pula jadinya,sedang akal berfikir mahu atau tidak,jari jemari ku lebih pantas menaip meseg2 pada farah najihah,menceritakan segalanya. Terutama sekali pasal nur iman. Dan air mata ku tidak pernah berhenti mengalir,saat setiap huruf terlahir dari hujung jariku,meluahkan segalanya pada farah najihah,aku jadi pelik dengan diri ku sendiri,senang2 membuka pekung di dada pada orang yang belum aku percaya sepenuhnya saat itu. Apa yang pernah ku beritahu pada amirul hakimi sebelum tu,itu lah yang aku beritahu farah najihah. Dan apa yang farah najihah tahu,amirul hakimi pun tahu. Kecuali kisah nur iman.
Aku jadi tenang bila aku beritahu farah semua. Aku seolah2 insan kosong yang seperti tak tahu apa2. Bertanya pada farah,seolah2 aku ini tak de ilmu di dada,padahal aku tidaklah seteruk itu.walaupun akal ini mengatakan yang aku masih belum percaya pada sape2,tapi hati ini telah pun meletakkan sepenuh kepercayaan pada farah. Aku kagum semuanya tentang farah.
Dua tiga hari sebelum masuk kolej,aku tak contact farah sekektika,mase tu aku tersa rindu,yang rindu sangat2. Aku tak dapat nak ungkapkan cam ane aku rindu farah waktu tu. Pada haniza,kawan baik aku pun aku tak pernah rase rindu separah itu,sedang berpisah dengan ummi aku pun masih belum wujud rindu setara itu. Tapi rindu pada farah,membuatkan aku menitiskan air mata,apatah lagi bercampur dengan kesedihan yang cuba ku kongsi tanpa farah tahu. Hati ku yang mudah benar terguris dan tersentuh,mudah saje membuatkan mata ku berkaca. Lagi2 saat aku meluahkan rasa rindu ku pada farah kat amirul hakimi. Dan kata2amirul hakimi saat itu,menusuk sanubariku. Dan kepercayaan ku pada farah semakin menebal.
Yang aku peliknya,aku tak pernah lagi jumpa farah depan2. Apatah lagi untuk berbual bersahaja. Aku jua terfikir bagaimana agaknya farah layan aku @ aku layan farah bila jumpa nanti.. kaku kah kami? Tapi,kenapa rindu? Kenapa ada rindu,kenapa rindu itu wujud pada seseorang yang aku tak menyangka dan tak ingin pun rindu itu wujud. Rindu itu menyiksa batinku,seolah2 aku sedang merindu kekasih ku saat itu. Malah riduku pada farah mengatasi rindu ku pada faiz. Setiap saat aku tunggu meseg farah,dan sepanjang waktu kerinduan itu,langsung tak ku meseg faez. Aku lebih memikirkan farah dari faiz. Hati ku gundah. Aku benar2 menanti saat2 aku akan bertemu dengan farah,walaupun waktu itu aku tidak sedar akan keinginanku ini..bukan,bukan tak sedar,tapi ego ku tak mahu mengakui.
Saat pertama kali bertemu farah,saat tangan kami bersalaman,tiada kata yang mampu aku luahkan untuk gambarkan bagaimana rasanya rindu terlerai.rindu yang teramat sangat itu terlerai tika itu. Tapi aku sayu melihat suramnya kesedihan dalam mata farah,dan hati aku betul2 pilu bila farah mengakui kesedihannya. Aku terdiam,kerana aku tak pandai menghadapi situasi ini. Aku diam,bukan kau tak mengerti,aku sebenarnya tak berani meyebut soal itu padanya. Aku takut dia pilu.
Dan kini.atas apa yang dah dia korbankan untuk aku,masa tenaga,duit dan macam2 lagi,dan atas segala yang aku korban demi iman ku,aku betul2 mengagumi farah najihah,insan tabah yang tak pernah menghukum aku,meskipun sedar,betapa teruknya aku. Meski tahu sehitam mana kisah silamku. Aku masih belum mahu mengaku ada sayang di hati ini untuk nya lebih dari sayang pada mana2 sahabat yang pernah aku miliki. Tapi aku sering menanti kehadirannya.
Sebelum ini,jika kau ada meminati mana2 lelaki,aku admire kat sowang2 laki. Aku sentiasa mahu ade kat mane lelaki tu boleh Nampak aku. At least pun,aku sowing je boleh tengok dia,meskipun dis tsk sedar kehadiranku. Bagi aku tengok muka pun jadi la. Tapi saat ini aku benar2 mengaku,tulus dari hati ku,apa yang ku rasa itu,aku merasakan nya pada farah. Satu2 nya perempuan yang mampu buat aku ‘angau’ sepanjang aku hidup. Aku keliru. Aku baru sedar yang aku sentiasa ingin farah ade di sekelilingku,cukuplah sekadar aku dapat melihat wajahnya,meskipun dari jauh. Meskipun aku hanya kenal gerak tubuh nya. Apatah lagi kalaw saat itu dia juga terpandang ku,lagi aku suka bila dia senyum padaku. Hati aku emlonjak0lonjak gembira saat dia menegurku. Tak terkata gembiranya.
Saat ini,tiap masa aku merindukan kehadirannya. Menantikan deringan henfon ku,menyampaikan kata2 penuh hikmah dari farah. Senantias ingin farah ade di hadapanku,agar terlerai rindu. Ingin mendengar farah berbicara kata2 nasihat,meskipun aku tidak menanyakannya saat itu,meskipun waktu itu,apa yang kami cakapkan tidak ada kene mgena dengannya.
Tapi aku malu,diri yang hina ini masih segan dengannya. Saat aku berdepan dengannya,lidah ku jadi kelu. Jari jemariku gementar,dan jantung ku seolah-olah berhenti berdegup. Aku jadi hilang kata2,walaupun bibir ku berbicara,namun hati ini sungguh bolak-balik.
Jam sudah 3.10 pagi,mataku pun dah semakin berat. Aku tahu dan aku sengaja simpan file ni dalam laptop farah. Semoga farah akan terjumpa dan membaca,biar bila pun waktu itu. Kerana memang sifatku,bila aku jatuh hati pada seseorang,aku akan meluahkannya,dari perasaan ini menyiksa jiwa ku. Namun kali ini,hatiku jatuh pada sebuah ukhwah atas nama ALLAh. Rindunya dating secepat kilat,moga sayingnaya aku padanya sampai syurga,dan sayangnya dia padaku sehingga dia sanggup mengiringiku ke liang lahad. Moga ALLAH kekalkan ukhwah ini,moga aku senantiasa di jalanNYA,dengan bantuan seorang insan bergelar SAHABAT. INSYA’ALLLAH!!!!
Sesungguhnya hati ini menyayangimu farah,demi kerana ALLAH. Meskipun akal ini masih membantah pengakuan ini,tapi aku sedar hati ini cuba farah sucikan,dan yan lebih percaya pada hati ini. Semoga ALLAH mengekalkan persahabatan kita.. AMIN!!! (terasa macam banyak lagi nak di luahkan)