BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 19, 2010

HANYA ALLAH YANG TAHU



entah bagaimana lagi ingin ku tangisi suratan ini. Makin mencucuk rasanya tangkai hati ini. Diriku serasa tidak mampu menanggung kesedihan ini. Lantas aku cuba mendiamkan diri. Namun apa yang terjadi takkan mampu aku hadapi. Sungguh! Aku rasakan yang aku tidak redha atas semua ini. Aku seakan- mahu menghalangnya dari terjadi. Tapi,siapalah aku untuk memjadikan keputusan ku satu kenyataan.
aku tidak punya teman untuk mengadu,untuk masalah yang satu ini. Kerana aku tahu apa yang bakal mereka katakan padaku. Semuanya akan terjawab dengan benda yang sama.
-redhalah
-takkan terpisah ukhwah ini kerana ALLAH
-takkan di lupakan kenangan yang tercipta
-takkan berpisah walau jauh di mata
-itu semua kerana jihad di jalan ALLAH
mungkin itulah yang bakal ku dengar.tanpa mereka tahu,sebenarnya kata2 itu makin melukakan hati ku yang sudah terguris dengan keputusannya. Walau apapun alasannya,walau apa pun kenangan silam yang menjadikan dia seperti itu,aku masih belum boleh menerimanya. Mungkin sampai dia kembalipun,aku masih belum redha. Dan akhirnya,segala yang tercurah,aku lah yang di salahkan.
aku sedar,aku yang salah,kerana aku tidak redha dengan pemergiannya.
tapi mereka tahukah luka hatiku?
mereka tahukah kecewa di jiwaku? Mereka tahu derita perpisahan yang perlu ku tanggung? Mereka tahu apa yang aku inginkan?
hanya ALLAH yang tahu!!!
tapi serasanya aku yang melawan takdir ALLAH,kerana tidak menerima semua ini. Aku sedar apa yang ALLAH jadikan ini adalah terbaik buatku,malah berkali ganda terbaik buat dirinya. Tapi hati ini yang terlalu mencintainya,belum mampu melepaskan dia pergi jauh dariku. Terasa apa yang berlaku terlalu singkat untuk ku abadikan dalam cintaku.
aku cuba melupakan segalanya,menjadikan semua nya seperti biasa,tapi aku tak mampu menipu diriku,saat itu semakin menghampiri,dan aku tidak mampu merelakannya lagi. Terlalu singkat rasanya waktu yang tidak ku nanti itu akan tiba. Lantas badanku semakin lemah,aku tahu ini kerana aku belum mampu menerima hakikat ini. Dia lah segalanya,yang menjadikan ALLAH cintaku.
hanya padaMU ya ALLAH,aku mengadu,jangan pisahkan kami,meskipun seketika,aku tidak sanggup,dan aku tidak pernah sanggup!!!!
puas sudah ku pujuk hati ini,namun belum lagi berhasil. Mungkin cintaku padanya melibihi cintaku padaMU ya ALLAH. Kerana itulah KAU murka,dan tidak membenarkan aku untuk redha dengan apa yang telah KAU tentukan buat aku dan dia.
puas sudah air mata ini mengalir saat teringatkan waktu itu akan tiba. Malah air mata ini tidak pernah kering dan takkan pernah kering,sampailah dia kembali.
ya ALLAH,dengarlah rintihanku,hanya ENGKAU yang tidak akan menyalahkan ku di atas segala keputusan aku. Ya ALLAH,jangan pisahkan kami. KAU tahu betapa aku menyayanginya. Dia lah insan pertama yang telah KAU letakkan rasa sayang di hatiku. Maha suci engkau yang menjadikan aku dan dia,dengarlah rintihan hambaMU,redhakanlah hatiku dengan setiap bait janjimu. Hanya ENGKAU yang aku ada. Hanya ENGKAU tempat ke mengadu. Bantulah aku YA ALLAH,untuk mencintaiMU lebih dari aku mencintainya,aku merayu padaMU,kuatkan lah hatiku untuk menerima perpisahan ini,demi agamaMU YA ALLAH,akU mohon............!!!!
hanya ALLAH yang tahu,hanya ALLAH yang mengerti,saat semuanya menyalahkan aku di atas keputusanku....................

2 comments:

  1. adakah diriku yg membuatkan cinta ilahi ketepi?..
    asifah sahabatku,jk benarlah,diriku bkn sahabat yg baik bgmu..

    "sahabat yg baik adalah apbila kita memandang wajahnya,teringatkn ALLAh,mendengar kata2nya,menambahkn ilmu agama,melihat gerak gerinya,teringatkan akan mati..
    sahabat beriman,ibarat mentari yg menyilau,sahabat yg setia ibarat pewangi yg mharumkan,sahabat sejati pendorong impian,sahabat berhati mulia mbawa ke jalan ALLAH"

    Asifah sahabati,andai diriku x spt itu..
    tp akn ku usahakn,demi ukhuwah fillah..

    ReplyDelete
  2. Allah sentiasa bersama kita...
    Amiiinnn...

    ReplyDelete