BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 19, 2010

HILANGNYA SEBUAH KEPERCAYAAN



Saat berita itu di khabarkan, aku terkesemia diam. Lama,membuatkan aku berfikir. Hati aku menjadi kosong,entah kenapa hilang segala yang ada di dalam jiwa. Aku yang sedang mencari kebenaran, hilang pula pegangannya.

Aku benci untuk bercerita tentang ini. Aku benci untuk mengingati segala kekecewaan ini. Tapi semakin aku simpan semakin hatiku terluka. Moga suatu hari nanti ia bakal menjadi pedoman dan ingatan buatku. Semoga duri yang mencengkam hatiku ini bisa tertanggal,dan luka nya bisa di sembuh.

Semakin hari berlalu,aku semakin tidak mampu menerima semua itu. Segalanya mula merobek hatiku. Seorang ‘lelaki’ yang telah aku letakkan kepercayaan sepenuh hati mencarik-carikkan kepercayaan itu. Seseorang yang aku tidak pernah percaya akan melakukan apa yang bermain di telinga ku saat itu. ‘Lelaki’ yang aku sangka mampu mentarbiahkan aku,’dia’ yang menjadi penguat semangatku untuk kembali ke jalan ILLAHI,tapi ‘dia’ lah yang melakukan dosa besar itu. Aku yang lemah imannya ini,meminta sokongan dari ‘dia’,tapi ‘dia’ yang membuatkan aku hilang segala keyakinan.

Aku memandang langit duka. Bertanya aku pada alam,apa masih wujudkah lelaki yang baik dalam dunia. Aku telah banyak kali di kecewakan lelaki,malah lebih dari itu di perlakukan. Tapi aku tidak pernah mempercayai seseorang seperti aku pernah mempercayai ‘dia’. nasihat2 ‘nya’ menjadi penguat semangat padaku. Malah,dengan bangganya aku menceritakan kebaikkan’nya’ pada semua orang. Betapa aku mengkagumi’nya’.

Tapi semua itu berlalu. ‘Dia’ telah mengukir bunga2 kebencianku pada insan bernama lelaki. Sehingga seorang lelaki alim yang amat ku kagumi atas agamanya,telah aku pandang serong kerana perbuatan ‘dia’ . betapa terlukanya hatiku. Tika itu,iman ku makin goyah. Aku mula hilang pedoman. Tiada lagi pendekatan ku pada ALLAH. Segalanya ku biarkan hanyut seketika. Aku seolah-olah mahu membalas dendam pada’nya’. Mahu ‘dia’ tahu,kalau ‘dia’ mampu buat seperti itu,aku mampu buat yang lagi teruk.

Tapi mujur lah ALLAH masih sayang padaku,rupanya semua ini terjadi kerana DIA ingin menghadiahkan aku hikmah yang terlalu berharga bagiku. Indah cinta ALLAH di kurniakan padaku. Saat aku mula merancang untuk ‘membalas dendam’,ALLAH menentukan aku untuk bertemu seorang lelaki yang menarik kepercayaan ku yang ketika itu bagaikan berada di pinggiran cerunam yang tinggi. Menolak kembali benci yang muka mendaki. Takkan ku lupa perkenalan yang cukup bermakna itu. Dia beritahu aku yang dia sedang sedih,tapi tidak pula dia menangis,bahkan ketawa. Kata nya,dalam islam tak de tension2 ni. Aku tertarik dengan kata2 nya itu,atau lebih tepat aku mula menyukai sikapnya. Rupanya dia seorang yang ‘alim’,yang meletakkan islam sebagai nombor satu dalam pegangannya,aku tidak menyedari itu pada mulanya. Kisah ‘lelaki’ yang menghilangkan kepercayaan aku itu,aku ceritakan padanya,lebih pada itu aku meluahkan. Rasa gundah ku bila berjauhan dengan cinta suci ALLAH.

Katanya dia ingin sangat membantu aku,tapi hubungan kami sebagai bukan muhrim membuatkan pertolongannya terbatas. Lantas dia memperkenalkan aku pada seorang muslimah solehah,sahabat perjuangannya. Muslimah ini lah yang bertungkus-lumus membawa aku kembali ke jalan kebenaran,di samping pertolongan dari muslimin tadi. Muslimin ini juga mampu mengembalikan kepercayaan aku bahawa bukan semua lelaki itu tidak boleh di percayai. Aku mula meletakkan sepenuh kepercayaan ku pada dia. tapi,aku di uji lagi,dengan kepercayaan ku di goyah kembali. Tapi ALLAH maha menzahirkan,DIA zahirkan kebenaran. Dan aku harap itu benar2 kebenaran.

Bukan soal itu yang aku ingin ceritakan,tapi tentang ‘dia’,lelaki yang menghilangkan keyakinanku suatu ketika dulu. ‘Dia’ pernah membantu ku keluar dari masalah ku,betapa besar pengorbanan’nya’. Tapi setelah aku tidak mempercayai’nya’,hormat aku pada’nya’ bagaikan hilang. Malah,insan yang membuatkan ‘dia’ hanyut,turut mengundang benciku. Aku tidak tahu lagi bagaimana ingin memujuk hatiku ini,untuk menerima kembali ‘dia’ dalam hatiku,kerana ‘dia’ sungguh dekat denganku. ‘Dia’ pernah ada ketika susahku. Tetapi aku tak mampu menghilangkan calar di bongkah kepercayaanku pada’nya’. Hilang sudah.

Kini,mendengar madah’nya’ tentang agamapun,aku tak mampu nak terima. ‘Dia’ juga telah insaf,berusaha untuk taubat nasuha. Malah uasaha’nya’ itu terlakar betul2 di depan batang hidungku sendiri. Tapi mengapa hati ini belum terpujuk. Aku mampu melayan’nya’ seperti biasa,mampu untuk menipu dunia,tapi hati yang berdarah ini masih tidak dapat ku sembunyi dalam diriku. Setiap kali melihat ‘dia’,aku merasa luka yang amat sangat. Aku telah memujuk hati,berkata bahawa ‘dia’ lebih baik dariku. ‘Dia’ pernah menemui cinta ILLAHI,lebih awal dariku. Bahkan,mungkin islam yang ‘dia’ selami lebih dalam dariku. ‘Dia’ pernah mempunyai suatu jiwa yang suci,aku belum lagi mengecapi itu. Tapi mengapa hati ini belum terpujuk.

Jujur aku katakan,mendengar ‘dia’ melafaz kalam ILLAHI pun,aku rasa ‘menyampah’. Astagfirullah,aku bukan menyampah akan kalam ILLAHI itu,tapi pada suara’nya’ yang seakan-akan merobek kembali lukaku. Aku belum lagi mampu memaafkan’nya’,walaupun kesalahan yang di lakukan itu bukan terhadap ku,tapi ‘dia’ tetap telah menghilangkan rasa percaya itu. Sampai hari ini aku tak lagi mampu melupakan berita yang aku dengari itu,sampai sekarang aku tak boleh lupa,aku mengamuk padanya kerana peristiwa itu. Tapi itu belum cukup untuk memadamkan ‘dendam’ yang wujud tanpa di minta ini.

Aku takut,andai2 sikap dan hatiku yang kotor ini menghijabkan cintaku pada ALLAH. Aku takut andai suatu hari nanti ALLAH menarik nikmat islam yang aku miliki hanya kerana apa yang aku rasa saat ini. Nauzubillah.
Ya ALLAH,aku mohon cintaMU dan cinta orang yang mencintaiMU. Seandainya benar ‘dia’ betul2 bertaubat,kembalikanlah dia kejalanMU yang lurus dan kembalikanlah kepercayaanku pada’nya’. Hilangkanlah dendam ini,rawatlah luka ini. Sesungguhnya ENGKAU telah menggantikan tempat’nya’ dalam hatiku dengan seorang muslimin yang mampu membimbing aku,tapi dia ajnabi ke atas ku. Ampuni segala dosaku ya ALLAH,dan ampuni dosa ‘nya’. Ampuni juga dosa muslimin dan muslimah solehah itu,mereka berdua telah KAU utuskan untuk merawat hatiku yang sedang terluka ini. Jangan kau pisahkan aku dengan ‘dia’ dan setiap dari mereka. Sesungguhnya cintaMU yang aku damba,dan penerimaan taubatku padaMU,aku merayu. Ya ALLAH,sesungguhnya ENGKAUlah yang menentukan segalanya,dan KAU tahu apa yang terbaik untukku.

No comments:

Post a Comment