BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 19, 2010



SETITIK TINTA DARI TAUTAN HATI
bertemu cinta dalam halaqah
hidup lebih indah terarah
menyulam tautan hati kerana ALLAH
terpaterilah ikatan akidah

“wajiblah cinta-KU bagi orang-orang yang berkasih sayang-KU”(hadis Qudsi)

indah terlakar coretan dakwah dan ukhwah yang tersusun dalam sebuah tulisan Fatimah Syarha mohd. Nordin. Setiap bait kisahnya mampu membuatkan air mataku menitis kesedihan,mungkin terharu dengan segala yang di kongsi bersama.
lantas hati ku terpaut pada setiap watak di sulam akhlak terpuji dan terarah pada ILAHI

aku impikan “teman” sebaik ELYA KHADEEJA. Ukhwah yang terbina indah di sulam cinta yang ESA. Kasihnya pada teman tercinta tidak mungkin mampu di tukar ganti. Hatinya yang sentiasa terpaut dengan cinta ILAHI. Mengaku segala kelemahan diri,meskipun di cerca kerana ibu sendiri. Semangat jihad yang di bawa sentiasa mengarahkan dia ke jalan yang di redha. Cinta di korbankan,demi megejar cita-cita.

aku impikan “semangat” jihad tertanam dalam diri ASIAH YUSRA. Menjadi pemangkin cinta ILAHI buat teman-teman. Biarpun pelbagai ujian,yusra tidak mengalah untuk mengajak sahabat-sahabat tercinta terus dalam terbiah islami. Menjadi watak utama dalam novel indah berwarna merah ini. Diri di litupi sulaman tudung labuh dan jubah,menjadi identiti diri. Keramahan dan kecantikkan budi bahasa,jua akhlak terpuji membuatkan setiap orang yang di hampiri mudah menyayangi. Al-Quran menjadi pegangan sejati,biar bagaimana masalah di hadapi,dengan janji ALLAH dia tabah meniti. Sungguh! Banyak yang ingin di contohi dari watak Asiah Yusra.

aku impikan “setabah” IMTISAL. Setiap masalah di hadapan penuh cabaran. Hidupnya tidak terlepas dari menanggung derita.ALLAH juga tempat mengadu,walaupun pada mula akidahnya tergugat. Namun di tempis segala bisikan yang menggoda. Meski di tuduh gila,imtisal redha segalanya. Kehilangan insan tercinta yang datang bertimpa-timpa,bukan senang tanpa iman di dada. Akhirnya kembali kepada Pencipta dengan cinta padaNYA yang membara.

aku impikan “secekal” LAYYINUR HARIR menepis cinta ajnabi. Meski hatinya masih menyayangi,tapi dia tetap dengan mujahadah diri. Cinta Malik di jauhi,cinta AL-MALIK di dekati. Bila sedar ALLAH maha merajai,lantas hatinya lupa pada cinta ajnabi dan terus mendambakan cinta ILAHI. Di pujuk dan di rayu untuk kembali,namun Layyinur Harir cuba mengekalkan syariat islam. Kerana cinta ALLAH di jejaki,lantaran itu,cinta ajnabi yang memegang teguh syariat islami,mengundang hati untuk di miliki,menjadikan isteri dan juga sayap kiri.

aku impikan hidayah seperti AISYA BAZZELA miliki. Biar pernah ternoda dengan cinta duniawi,tapi ALLAH masih menyayangi,tidak di biarkan dia terus hanyut dalam kelalaian diri. Aurat sendiri,yang mulanya menjadi idaman ajnabi,akhirnya di tutup indah tersembunyi dari pandangan lelaki. Begitu juga KAK YAN,perkenalan di agrotorism. Menjadikan mereka muslimah solehah yang menjadikan tudung labuh penghias diri, turut bersama ikhlasnya berpurdah. Cantik.........

aku impikan “kembali ke pangkal jalan” umpama UMAR AL-MUJAHID. Umar,mujahid berani,lagi di segani,namanya harum di taman islami. Tapi di uji dengan goyahnya iman,bila cinta yang suci di kecewakan insan tersayang. Hati ternoda seketika dengan fitnah terbesar penghujung dunia. Namun mujahadah teman di sisi menyedarkan diri, manarik al-mujahid dari lembah yang tinggi. Kembali dalam halaqoh,menyesal segala perbuatan diri. Umar al-mujahid kini kembali. Niat hati dulunya terpesong dari landasan ILAHI,kini kembali mentarbiah diri. Cintanya di serah pada ALLAH YA RABBI. Segala yang terjadi redha menemani.

aku impikan “petunjuk” milik MUSLIMAH. Tekad hati dengan agama yang mulanya di miliki. Tapi fitrah jiwa yang mencari kebenaran,islam jua di tegakkan. Kalimah ALLAH dan MUHAMMAD terlakar indah di badan haiwan kesayangan Imtisal,membuat diri tersedar akan bukti keagungan Tuhan. Maha suci ALLAH.

aku impikan “seistiqamah” HASAN AL-BANNA, jauh merantau ALLAH tetap di jiwa. Sedih melihat teman baiknya mula terpesong dari tarbiah yang ESA,cekal hati menariknya kejalan lurus semula. Tetap sentiasa bersama halaqohnya. Syariat agama tetap di jaga. Kadang hati kecewa dengan cinta yang tiba. Tapi rindu yang maha Mencintai,ALLAH YA RABBI,menjadi pemujuk hati yang lara,menjadi kekasih pengganti cinta di dunia. ALLAH tak membiarkan cintaNYA berduka,di hadiah kembali cinta yang bahagia.
SUBHANALLAH,agung cintaMU,ROBBI.........

No comments:

Post a Comment