BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 19, 2010

RINDU INI BERTAMU LAGI.....MUJAHADAH!!!!!!!



melakar kisah yang cukup payah ku lupakan di taman ini
ku renung jauh kenangan yang mula bertamu
cuba ku tepis,tapi ia tetap jua hadir di sini
saat ku mula melangkah kerumah syikin
mataku sering menjeling pada kelibat rumahnya
aku tahu,aku takkan pernah dapat melihat rumahnya
apatah lagi dirinya
tapi hati ini terus berbisik hiba,hampa terlakar
lama segalanya terpendam di jiwa
aku cuba tidak menuturkannya
lantas mujahadah terhenti seketika
bertanya aku pada syikin
masihkah dia di sini? Di taman kenangan ini?
bunga nafsu ku yang mula-mula tadi malu untuk berkembang
mekar kini
harapan untuk melihatnya,mula mewangi di jiwa
sesekali aku menoleh ke arah itu lagi
menyulam kembali harapan
aduh,sukarnya menipu diri ini untuk terus bersembunyi
di balik rindu yang bertamu
di taman itu terlalu banyak kenangan yang tercipta
entah dari jalan mana harapanku terpenuhi
barangkali di jalan ujian
yang ALLAH timpakan ke atas diriku
dia hadir jua di rumah itu
sekilas aku melihat susuk tubuhnya
lantas aku menjauhi pandanganku
jauh dari melihat dirinya
tapi hati ini seolah-olah kembali merenung dirinya
aku tahu dia ada berhampiran
aku tak tahu dia sedar akan kehadiranku atau tidak
tapi aku mengharapkan yang dia tahu aku di situ
cukuplah dia tahu!
aku mahu dia juga merinduiku
itu kata hati sebenarku
namun aku belum lupa syariat yang perluku jaga
ingin sekali,nafsu ini berbisik untuk menegurnya
kembali merenungnya
lantas hati mula beristigfar,ini bukan caranya
ya ALLAH,lindungilah hambaMU
saat aku mula melangkah meninggalkan ‘taman kenangan’ itu
aku diam2 mencuri menjeling padanya
aahhhh,susuk tubuhnya aje yang kelihatan
terlalu jauh untuk ku tatap wajahnya
Alhamdulillah,semoga aku tidak merindui wajah itu
syikin mengusik,jelinglah seketika,sekadar melepas rindu yang ada
aku cuba berdalih pada diriku
aku taknak hatiku ternoda
namun jauh disudutnya,aku mahu dia menoleh padaku
Astaghfirullah..................
tapi kali ini,harapanku sia2,Alhamdulillah
tapi,susuk tubuh itu lagi yang bermain di mataku
Subhanallah,indah ciptaan ALLAH
Cuma ALLAH lebih menyayangi untuk menjaga syariatku
walau hatiku ternoda
aku tahu aku mampu lari darinya
tapi kenangan yang bertamu
kenangan di mana aku pernah menyerahkan segala cintaku padanya
namun dari dulu,aku tak pernah memilikinya
maha suci ALLAH yang menjaga kehormatanku
aku tahu,aku tidak boleh menyerahkan kembali rinduku padanya
kerana rindu ini sudah milik ALLAH
dan rindu pada tarbiah di jalan ALLAH
begitu juga cinta ini
akan kuserahkan segalanya pada ALLAH
yang maha berkuasa menciptakan aku dan dia
sudah tersurat aku bukan jodohnya
dan selagi dia belum hidup dalam tarbiah islami
aku tidak mahu mengharap dia menjadi milikku
air mataku menitis memohon di jauhkan dari bertemu dengan ajnabi
dan ALLAH memakbulkannya
ALLAH YA SALAM,maha menyelamatkan aku dari tersilap langkah lagi
ALHAMDULILLAH

No comments:

Post a Comment