BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 20, 2010

AKU MENCARI KEKUATAN


hati ini bukan lagi pilu kerana sebuah kehilangan.
tapi hati ini pilu pada sebuah kekosongan.
kekosongan yang sepatutnya aku isi dengan nama tuhan.
tapi aku masih keliru menempuh perjalanan
aku bukan keseorangan
tapi aku kesepian
hidupaku yang terarah apda sesuatu yang bukan kebiasaan ku
mengajar aku erti tabah
mengajar aku siapa sebenarnya tuhan ku

tapi dalam mencari kekuatan
kadang2 aku tewas
kadang2 aku alpa
bukan mudah hidup dalam jiwa hamba
andai iman belum kuat di dada

apa yang ku rasa
jiwa yang kosong
hati yang alpa
rasa yang lalai
hingga aku terlupa pada pencipta ku

aku sujud muhasabah diri
agar aku terarah ke jalan ILLAHi
biarpun hanya bermula dengan hipokrit sendiri
namun aku akan teruskan jua
kerana aku yakin ALLAH akn membimbingku
ke jalan yang lebih indah
andai aku terus menghindar dari murka nya

No comments:

Post a Comment