BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 11, 2010

PEMANGKIN CINTAKU PADA ALLAH




siapa??
hanya aku tahu.dia sahabat
yang hadir tika aku mula mengerti erti sahabat
Bila aku buka mata
Tetamu al muttaqim yang akan menyapa
Siapa yang tak rindu pada semua tu
Goncangan kaki dari mira
Bunyi alarm yang bergema
Suara azan yang beralun
Tak ada yang terlena

Suara mersik iman
Ketawa setiap orang

Tangis ku,amarah ku
Jua pernah aku merbahkan tangisanku
Meluahkan sayuku,pada seorang teman
Yang belum pernah tahu akan kisahku
Hilang Maluku ketika itu
Yang aku tahu,dia sayang padaku

Senggukkan midah,kantuk katanya

Baring di sisi raihana,tika iman membaca yasin
Sampai tertido aku di buatnya

Mendengar tazkirah ustazah rosma setiap kali zohor
Datang pula kakak2 dari luar,menjadi naqibah usrah
Terpegun aku dengan tudung labuhnya
Entah di mana uniknya

Tika farah,peyuz dan dayah memaksa aku makan
Sayur pula aku letakkan polistrin farah
Marah dye,aku liat nak makan sayur
Bila ku suap farah,tumpah
Katanya aku tak pandai,tak layak ni
Di suap pula oleh farah
Peyuz suap,dayah suap,yg lain2
Terasa di manja
Terasa di sayang

Malam itu,bila besday midah hampir tiba
Semuanya lagak bersahaja
Cuma aku yang terkesima
Tak taw apa2
Menangis midah di buatnya
Melihat diorang berkejaran menyapu krim kek di muka masing2
Nasib aku tak kena

Ingat aku tika mengajar raihana
Yang lain datang menyibuk
Tika itu lah aku berkenalan dengan mira
Katanya aku ni ceria orangnya

Masa terus berlalu
Malam yang tak mungkin ku lupa
Saat sakinah berbisik padaku
‘saya buat semua ni untuk awak’
Bila aku pitam
Mendengar suara lunak Ada membaca yasin
Merasa pangkuan shuha
Merasa dayah menyapu air mataku
Merasa setiap sentuhan sahabat
Mendengar rintihan farah
Pilunya……..
Mendengar kata2 luka dari insan yg amat menyayangi aku
Akhirnya lena,dengan farah dan sakinah di kiri dan kananku
Bangun dalam keadaan mamai
Menadah tangan dgn air mata yg berguguran
Sakinah yang mengaminkan
Di peluk erat
Di kongsi segala kedukaan

Merajuk tika farah tidak mempedulikanku
Tidur sepanjang hari
Meski di kejut,aku tetap menyepi
Bila aku mula menangis,bila fikiran mula bercelaru
Farah sentiasa di sisi
Di baca nya alunan al Quran
Di berinya maksud surah al insyirah
Di riba nya aku melabuhkan kepala
Bermanja
Meluah tangisan hiba
Menghilangkan segala gundah di jiwa

Tika aku hampir terlena
Kelibat linda menyelimutiku dgn sejadah
Mata yang Kian kuyu dan layu
Esoknya,kata linda,farah yang selimuti ku dulu
Tapi tidurku buas,selimut entah ke mana
Hari itu,farah tido.aku selimutinya pula
Menatap farah yang kian lena
Suci nya
Merakam setiap yang ada
Menjadi rindu tika hiba
Menjadi memori tika tiada
Bila buku itu di letak di meja
“MUHAMMAD PUTERA LEMBAH BAKKAH”
Farah berlalu tanpa kata
Bila buku di buka
“dari sahabat buat sahabat”
Ku peluk erat buku di dada
Buku idaman di hadiahkan dari yang tercinta
Tasbih kesayangan sentiasa di bawa
Hadiah jua dari sahabat tercinta

sakinah memandangku yang ceria tiba2
Dia pula duduk menghadap bukunya
Pelik melihat aku yang gembira
Kataku aku tukar ‘shif’ dengannya
Ye lah,selalu aku yang study,dye ceria

Mendengar telatah farah
Jenaka dayah
Ketawa midah
Keliru nya sakinah,’pending’ katakan
Lawak peyuz
Longat BI nadiah
Gelak semua yang ade
Asma’ yang tersenyum ceria
Dengan telatah aini lagi

Malam terakhir tiba
Semuanya bergambar gembira
Saling nasihat menasihati
Sakinah mencium pipiku
Ku cium pipi nadiah
Nadiah mencium dahiku
Segala sayang terluah
Dalam pelukkan sakinah
Dalam tangisan midah
Semuanya bagai terlakar indah

Qiammulail pertamaku di kolej
Dan juga qiammulail terakhir di kolej
Pertama dan terakhir
Sahabat tersayang menjadi imamnya
Seronok tak terkira

Semua ini kenangan
Warna-warna indah
Pemangkin cintaku padaMU ya ALLAH
Terlangkar indah dalam kotak memori
Yang tak mungkin kan ku miliki kembali
Masa ini tak boleh di undur
Tapi yang tetap jadi kepunyaanku
Kenangan ini takkan pernah terkubur
Sayang sahabat tetap menjadi kepunyaanku
Kasih dan cinta ILLAHI tetap menemani

Moga ukhwah yang terbina
Takkan berhenti di sini sahaja
Berkekalan sampai di syurga

Sahabat2ku
Ku nanti diri mu di pintu syurga
Dengan izin ALLAH
Kita terarah di landasanNYA
Bertemu kita di sana
insyaALLAH

SAYANG KORANG SEMUA
PERKENALAN DI SURAU AL_MUTTAQIN

No comments:

Post a Comment