BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 29, 2010

SAKINAH

Buat sahabat yang amat di kasihi,
Ini bukan satu coretan,
bukan jua suatu peringatan,
tapi kata2 ini ku ukir atas ukhwah fillah yang di bina
yang ku rasakan sangat singkat,
tapi cukup bermakna buatku,
BILA CINTA ALLAH BERBICARA,
CINTA YANG LAIN MEMBISU SERIBU BAHASA
usah di kejar cinta duniawi
kelak derita menimpa diri
rindulah pada ALLAh yang maha esa
Sujudlah menghadap sang pencipta

Yan,
pertama kali ku mengenalimu,
berbagai soalan timbul di benakku….
terkadang dirimu membuatku banyak berfikir
terlalu terukkah amanah ini melaksanakan amanah sebagai seorang amirah?
sehinggakan setiap kali usrah di tutup
airmataku akan berlinang
deti itu juga ku berfikir
apakah setiap titisan dan linangan air mataku itu akan memberikan jawapan
kepada linangan air matamu yang hanya layak jatuh di bahu farah?
diri ini terlalu kerdil dan tidak bermakna buat sesiapa
tidak mampu memimpin

tapi bila di beri kepercayaan
ana mula rasa di hargai dan di percayai
terima kasih sahabatku
ku tahu,ku hanya mampu mendengar
nasihatku tidak mampu menembusi hatimu
mungkin nasihatku keras
apapu sahabatku
kita adalah perhiasan di dunia ini
kita jugalah fitnah buat ar-rijal
jangan biarkan pejuang-pejuang islam terfitnah kerana kita
kerana sabda rasulullah:
“aku tinggalkan kepadamu laki2 fitnah yang paling besar iaitu wanita”

maka jagalah kehormatan diri
jagalah mahkota muslimah kita
malulah…
malulah untuk berhadapan dengan ALLAH
malulah untuk sujud kepada yang maha tinggi
malulah untuk memohon ampun kepada yang maha berkuasa
malulah untuk meminta kepada yang maha memiliki sesuatu
kita di ciptakan sebagai insan yang sering lupa....
tapi kita ada tugas!
kita adalah khalifah!
kita adlah hamba ALLAH!
kita dalah pewaris perjuangan Rasulullah!

setiap kali ujian menimpamu
renunglah.
saudara2 islam kita di palestin lebih derita,...
ada sahaja pekikan suara si anak,
yang ketandusan kasih ibu bapa
kemudian di bunih tanpa belas kasihan
memang mudah untuk ku berkata-kata
tapi dirimu yang merasa
namun,bukankah janji ALLAH
pertolongan dariNYA buat orang2 yang mencintaiNYA
dan membantu agamaNYA
ayuhlah sahabatku,
bangkitlah dengan azam yang baru
lupakan kisah yang lalu
buka lembaran baru
kalau dulu kisah duka yang di isi
kini,penuhi dengan nur islam
jalan hidup penuh dengan cinta ALLAH
kembara yang tidak bernokhtah
menanti hidup di alam barzakh
siapkan senjata ke medan jihad
lawan nafsu, abaikan hasutan
cuba jadi insan yang terbaik di sisi ALLAH
biar bukan permata kepada manusia
tapi di sisi ALLAH
tinggi nilainya

setakat itu sahaja dari ana buat enti
tapi ini bukan yang terakhir
doakan ana istiqamah dalam mujahadah
syukran!!

tahniah!! Dikau di pilih ALLAH untuk menerima ujian2 NYA!!!
sangat bertuah!!!

No comments:

Post a Comment