BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 22, 2010

BUAT SAHABAT LAGI

lama aku meyepi..dalam diri yang sunyi
warkah ini ku isi
mengungkap cinta di hati
kali ini cinta ku terbagi lagi
buat insan bernama sahabat yang ku kasihi
agar tenang hatinya membaca segala warkah ini

awal matrik,pintu bilikku di ketuk sahabat roommate ku
sahabat sekolah akmar
tersenyum dirimu pada ku
mengungkap sebuah perkenalan
kau kenalkan diri mu sebagai SAKINAH
itu detik pertama aku mengenali mu
sahabat yang aku kagumi
terbit pula kata puji dari akmar
aku sekadar mengangguk tanpa bicara
siapa pun diri mu waktu itu
apa aku peduli??
diri mu cuma kawan,bukan sahabat

aku kagumi dirimu lagi
saat namamu dan diri mu
terpampang di pentas utama ketika perlantikkan jpp
wah,kau bukan calang2 orang
tapi apa aku peduli
kedua2 roommate ku jadi anak buahmu
dalam usrah
dan setiap kali itu lah mereka akan memuji mu
husna memuji
akmar akan tambah akan kehebatanmu waktu di sekolah
aku hanya mendengar
apa aku peduli
hadirmu hanya seketika
menjenguk akmar di bilik itu
atau bertemu classmate di bilik depan
aku ini bukan sape2 di mata mu
hanya sekadar kawan pada temanmu

masa terus berlalu
jauh perjalanannya
tika farah berbisik padaku
usrah yang ingin aku ikuti bersamanya
naqibahnya 'sakinah'
aku tersenyum
rasanya tak janggal
sebab aku 'kenal' sakinah tu
kau juga mengiyakan aku sebagai kenalan mu
usrah pertama ku
kau sampaikan dengan baik
jauh di sudut hati ku
aku mengakui semua kata2 husna dan akmar
tapi tika aku menyalami mu
kau tunduk tersipu
katamu kau malu
aku pelik
apa yang kau malukan?
sepatutnya,aku lah yang malu
mengemis secebis ilmu dari orang sehebatmu
tapi masih aku tak peduli
bagi ku cukup lah farah tika itu
tanpa aku tahu derita di hatimu
setiap kali air mata ku menemani

solat hajat perdana terakhir
aku tekad tak nak menangis
tapi melihat ada kawan2 yang beria menangis
aku hipokritkan diri untuk paksa air mata ku menangis lagi
bagi ku,apalah sangat perpisahan ini
dalam hidupku
telah banyak perpisahan yang aku tempuh
tegar hati ini
kaki ku terbawa menghampirimu
tanganmu ku genggam erat
ku peluk dirimu
melihat air mataku,aku tahu kau gundah
nampak di wajahmu gundah hati mu
tapi tidakkah kau tahu
air mata itu palsu
tiba2 kau berbisik
mengungkap kata2 semangat
katamu kau ada untukku
hati ku tersentuh
aku rasa di hargai
aku rasa ada orang lain yang peduli pada ku
dan air mataku tercurah lahir dari hati
keranamu sahabat
kerana kau membuka mataku
pada erti sebuah persahabatan

pilu hati ku bila aku tahu
kau menangis setiap kali selesai usrah
atas sebab tangisanku
takut nya kau tak mampu menjadi naqibah ku yang terbaik
sememangnya kau naqibah ku yang terbaik
kerana aku tak de naqibah lain selain dirimu
rupa nya masih ada insan lain yang sudi mendengar
rintihan hati ku
terdetik hatiku untuk berkongsi denganmu
sinar kegembiraan terbit dari matamu
saat aku melakukan itu
aku ceritakan kisah hidup ku
walaupun bukan semua
kau dan farah
menyedarkan betapa kuatnya semangat yang ade dalam diriku

usrah terakhir kita
kau tayangkan pengorbanan ibu dan ayah
kau bisikkan pada ku
kau lakukan semua ini demi ku
mulanya air mata ku menitis
kerana terharu pada pengorbanan seorang sahabat yang menyayangi ku
malam makin larut
dan kau adakan pogram lagi untuk kami
aku cuba lari dari situ
kerna aku sudah penat menangis
tapi demi mu,farah dan midah
aku kuatkan diri
aku tekad,aku takkan menangis
tapi aku tahu aku lah orang pertama yang menitiskan air mata
saat suaramu bergema
setiap bait kata yang kau lafazkan
menghiris hati ku
pedih teramat rasanya
aku tahu kau tujukan semuanya buat aku
tapi aku tak sanggup terima
akhirnya aku mengalah
kau ku peluk meluah segala pilu
entah berapa banyak titis air mataku
membasahi tudung labuhmu
kau bisikkan jua kata2 semangat buatku
kau,farah tinggalkan aku seketika
aku pitam!!!

aku dengar semua bicara di sekelilingku
cuma aku tak berdaya
semangatku hilang
tapi tangisan farah
buat hatiku gundah
aku cuba sedaya upaya membuka mataku
sekurang2 nya tangis farah reda
farah di sisi ku tika kau berkata
"saya mintak semua orang tinggalkan yan dengan farah aje.sebab farah aje yang tahu semua kesedihan yan"
terkesima aku antara sedar dan tidak
sanggup kau meluah kata seperti itu
habis siapa dirimu padaku???!!!
aku cuba berteriak namamu
tapi aku tak berdaya
lemah badanku
kata2 mu itu betul menambah luka di hati ini

aku bermohon
jangan farah tinggalkan aku
biarlah sakinah menemani ku
tidakkah kau sedar
aku terlalu gembira bila kau memangku ku?
betapa aku tahu kau juga mengerti akan derita ku

sahabat
itu yang aku mengerti akan dirimu
kau tersenarai dalam nama sahbat
yang aku cintai
yang aku sayangi
yang aku hargai
4 sahabat yang membuat aku sedar akan dunia

sakinah
syukran jazillan atas apa yang kina dah beri pada yan
banyak....,tak terhitung rasanya
akan yan pegang kata2 nasihat kina
menjadi penunjuk mujahadah diri
bila cinta ALLAH berbicara
cinta yang lain membisu seribu bahasa
pertemuan kita kerana ALLAH
perpisahan ini jua kerana ALLAH
yan sayang sakinah
uhibbuki fillah

1 comment:

  1. assalam..

    syukran ya sahabati..
    enti buat air mata ana gugur lagi..

    subhanallah,
    ana tidak ada kelebihan sepertimana yang enti katakan
    ana cuma insan biasa
    yang tak lepas daripada melakukan kesilapan.
    apa yang ku lakukan,
    tidak pernah ku harapkan pujian daripada sesiapa
    bimbang ku akan jatuh dalam riak dan takbur

    yan,
    maafkan kina...
    bukan niat kina nak kata macamtu masa malam muhasabah
    tapi itu yang kina rasa terbaik
    mungkin ada sesuatu yang kina masih belum tau
    dan farah lebih faham
    hanya yang memahami sahaja dapat menenangkan yan
    tapi,
    dalam hati kina tetap ada rasa sebak
    kina tak mampu nak mendalami hati yan
    kina tak mampu jadi naqibah yang terbaik buat yan
    kina tinggalkan yan dengan farah tika yan memerlukan sahabat disamping yan
    maafkan kina yan
    kerana telah buat hati yan terluka malam tu
    tapi kina sangat sayangkan yan
    kina tak mampu nak zahirkan ape yang kina rasa
    bukan yan tak penting
    malah, sangat penting...
    tapi kina pegang banyak amanah
    besar dosanya kalau amanah tak terlaksana

    yan,
    yang namanya muslimah itu lembut hatinya
    amat mudah tersentuh
    andai cinta kita pada dunia membatasi cinta kita pada Allah
    maka terfitnahlah islam
    cinta kita kepada seorang lelaki juga perlu dijaga
    memang itu perlu
    tapi nantikanlah saat itu setelah disatukan dengan ikatan pernikahan yang sah
    kasih kita kepada suamilah yang akan membantu kita bermujahadah
    itulah ibadah
    kasih kita beroleh barakah
    tapi jika cinta silap disandarkan,
    diberikan kepada yang tidak sah hubungannya,
    hukumnya haram
    kasih itu beroleh laknat Allah
    na'uzubillah min zalik

    yan,
    kina sayangkan yan
    cintakan yan
    bertemu kita kerana Allah
    berpisah kita kerana Allah
    hati2 kita inilah yang akan terus bermujahadah mencari cinta yang hakiki

    BERATNYA DOSA MENGHIMPIT JIWA
    JIWA TERSIKSA INGINKAN PENAWARNYA
    HAPUSKAN DOSA SUCIKAN AMALAN
    BAWA HATI KEPADA TUHAN

    ALLAHU AKBAR

    Bittaufiq wannajah ya ukhti...

    ReplyDelete