BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 14, 2010

ANA FITNAH PADA HATI NTA??

di petik dari ....................._.blogspot.com


buat diri nta dalam ingatan yang sentiasa menjadi pengajaran. ana tak pernah tahu sebelum ini ana adalah fitnah dalam hati nta. maafkan ana..

perkenalan kita bermula apabila ana tersilap hantar mesej pada nta.. nta pula seolah2 memberi peluang pada ana untuk mengenali nta. maka bermulalah 'talian silaturrahin' antara kita..kononnya....

ana suka bercerita,nta pula sedia mendengar. semakin hari ana semakin suka dengan sikap nta. lantas ana meluahkannya.. yang peliknya,lebih sebulan kita berkenalan,tapi kita tak pernah bersua..padahal kita di intitusi yang sama.. kadang2 kelas nta kat sebelah aje kelas ana..mungkin ita pernah berselisih,tapi tak pernah mengenali satu sma lain..

masa terus berlalu.puas ana pujuk nta untuk bertamu. tapi nta tetap berdalih..macam2 nta kasi alasan untuk mengelak diri dari ana. akhirnya ana mula merajuk,barulah nta memujuk.

pertemuan singkat antara nta dan ana pun di rancang. masih ingatkah,kita bertemu di belakang dewan kuliah,sama2 menuruni tangga ke kelas seterusnya? kemudia,ana dapat tau sahabat2 sekelas nta terkejut melihat nta berjalan berdua dengan ana. mereka cakap nta jarang di lihat dengan akhowat,apatah lagi untuk berjalan berdua dengan akhowat seperti ini. tambahan lagi,ana rapat dengan seorang ikhwan sekelas dengan nta... mereka fikir ana ada apa2 dengan dia,pelik pulak tengok ana jalan dengan nta.

tanpa sedar,nta memuji ana. nta kata,nta suka dengan cara ana berpakaian. tudung yang agak labuh,sarung lengan,stoking. kata2 pujian nta membuatkan ana teringin untuk melabuhkan tudung ini lagi. tapi waktu tu ana belum kuat.

hari berganti,ana dapat tahu nta selalu ke surau waktu ishyak. kadang2 ana turun dari blok hanya untuk pastikan yang nta dah lalu kat depan blok ana untuk balik ke blok nta. smacam ada satu semangat untuk ana berjemaah di surau. ana mula berjinak2.

bila hari mula berganti,pertemuan kita turut terisi. ana berceloteh,nta tetap setia mendengar. ya ALLAH,bahagianya waktu tu terasa. pernah satu malam kita kena 'sound' sebab berdua-duaan. ana nampak nta malu,tapi ana tak peduli. ana tetap nak jumpa nta,dan nta pula hanya menurut.

masa terus berlari,dalam kiasan,tanpa sedar nta dah setuju untuk 'couple' dengan ana. ana masih ingat tanggalnya 5/10,hampir tengah malam. alangkah gembiranya ana,nta telah menjadi milik ana. waktu itu, ana mula cemburu bila na tahu nta ade berhubung dengan akhowat lain. tapi ana sabarkan aje.

antara kita ibu nta dah tahu,begitu juga dengan familty ana. abang sering kali menasihati.. lantaran ungkapannya 'couple itu haram' ana mula buat kiasan baru pada nta. cukuplah kita sekadar bergelar kawan. tak usahlah declare couple. 2 minggu aje kita bergelar pasangan 'couple'. ana masih lagi cuba menghalalkan apa yang sedia ada haram. walaupun macam tu,hubungan kita masih seperti dulu. masih ada kata sayanag,masih ada bicara rindu. masih bahagia yang meniti. lagi seronok bila ana dapat tahu,ana adalah couple nta yang poertama..

hari meniti minggu. cuti bermula.2 minggu lamanya. aduh,selama itu berpisah dengan nta?? tak sanggup rasanya. tapi nta tak pernah tak meseg ana.. tiap2 hari kita di hiasi madah rindu di jiwa. tapi hari tu meseg nta tidak menyapa. ana berbisik,biarlah ana mengajar nta erti rindu. 3 hari lamanya,ana tak tahan.. akhirnya ana yang meseg nta..

tiba2 nta minta maaf sebab da tak meseg ana eberapa hari. nta kata nta dah faham semuanya,nta cerita ayah nta dah nasihato nta pasal kita. terkejut ana.. nta pesan,lepas ni cukuplah kita meseg seperti biasa. ana setuju,jauh di hati ana, ana ragu2,mampukah nta menepis kata sayang dari ana?ana fikir,ana mampu tundukkan nta..

hari demi hari,hilang sudah madah sayang,lesap sudah bicara rindu. begitu kuat nta mujahadah menepis kata rindu dari ana. seingat ana,nta tak pernah lagi menaip kata2 jiwang melalui meseg atau waktu ana call nta. pertemuan kita pun sudah menyepi. setiep kali ana minta untuk bertemu nta pasti berdalih. macam2 alasan,menolak dan terus menolak.. walaupun ana dah mula merajuk. seingat ana terakhir kali ana berdiri di hadapan nta,waktu ana serahkan kek yang nta minta ana buatkan.. dan nta lah ajnabi pertama yang ,merasa masakan ana..

saat berlari,minit menderu. nta semakin menjaihkan diri, meseg ana jarang di balas,puas ana menanti. munkin nta dah ade tips tersendiri untuk menepis perkara ini. semakin hari,semakin menyepi. bila ana call pun susah betul nta nak jawab. apatah lagi nak tunggu nta yang call,langsung tidak!!ana semakin pelik dengan sikap nta.

tapi ada sekali,bila ana kesedihan nta menjadi tempat ana mengadu. kemudian selepas itu,nta kembali seperti biasa. rindu bertamu.

ana yang mula2 berjinak berjemaah di surau kerana nta,kini ana ke surau setiap hari. tempat muslimat yang berada di tingkat atas sering membuat ana tercari-cari nta bila saf di susun. dan nta tak pernah jauh dari tempat yang nta selalu ada. kadang2 ana menunggu nta di laluan yang nta selalu lalu,hanya intuk berselisih dgn nta.

suatu hari,ana nampak nta jadi imam. kagumnya ana. semakin semangat ana di buatnya. tudung yang ana pakaipun ana labuhkan lagi,bila teringat pujian nta. tapi ana masih belum kuat untuk mengenakan tudung labuh berjahit.

dalam tanpa sedar,rupanya ana mencari tarbiah diri.. mungkinkah nta yang jadi pendorongnya?? entahlah! kemudian ana berkenalan dengan akhi bilal surau,akhi ini kenalkan ana dengan ketua blok ana. bermula dari saat itu mereka berdua mula membentuk ana menjadi muslimah solehah. jaga hubungan ana dengan lelaki,jaga hubungan ana dengan ALLAH,jaga aurat.. mereka bimbing ana untuk kenal cinta ALLAH.

ana masih belum faham nta,ana ingat nta biasa2 aje. sering kali rindu bertamu,ana adukan pada mereka berdua. bermacam-macam nasihat mereka berikan. hingga ana mampu untuk menghindarkan diri dari terus meratap merindui nta. walaupun ade,ana tetap mujahadah. meski ana berselisih dgn nta,ana cuba bisikkan.ini lah ujian,dalam arus perubahan ana.

akhirnya tamat sudah setahun di institusi itu. ana tahu ana akan terpisah dgn nta yang mungkin selamanya. waktu itu lah ana terjumpa gambar family nta. subhanallah,subhanallah,subhanallah..apa yang ana dapat tafsirkan, "sebuah keluarga sakinah".. adik nta yang kecik tu pun bertudung labuh.ALLAH,betapa malunya ana merendah-rendahkan nta sebelum ni. sedang nta lah mujahid paling kuat,ana pernah jumpa..ALLAH,kagumnya ana pada nta.

ana tekad,inilah masanya untuk ana ubah diri ana. ana mahu jadi mujahidah solehah. ana mahu jadi salah satu dari zuhaira syauqah,bunga-bungaan berduri.
ana kuatkan diri,ana noktahkan rindu ini. ana tak mahu hubungi nta lagi,ana padam no fon nta. ana tukar no fon ana. bukan untuk menjauhkan nta dari ana,tapi menjahkan ana dari nta. ana harap ana kuat untuk itu.

baru ana sedar,apa yang ana buat selama sebelum ini. ana lah FITNAH nta,ana buat nta tergelincir seketika dalam mujahadah perjuangan nta. ana biarkan nta merasa pahitnya cinta manusia. ana jadikan nta lakukan zina hati,zina bicara,zina mata. meskipun ita tak pernah bersentuhan. dan nta tak pernah sekalipun mencuba untuk menyentuh ana.. mujurlah nta sempat sedar,dan nta telah pun sedarkan ana.

dengan pengalaman antara nta dan ana,bimbingan dari akhi dan sahabat ana yang tercinta,ana mula menjejaki cinta ALLAH. ana buang semua peluang untuk berhubungan dengan semua ikhwan,ana jauhkan diri dari cinta ajnabi. ana berjinak-jinak dengan terbiah islami. meseg ana kini,tiada lagi dari lelaki,kecuali atas hal yang mustahak untuk di hubungi.

kini lagi,kita di negeri yang sama,cuma institusi yang berbeza. menyambung perjuangan yang sebelum ini tertunda. nta bakal engineer,dan ana bakal guru.
ana masih ingat pesan akhi,telah tertulis satu nama di luh manfuz sebagai jodoh kita.seandainya kita menuju ALLAH,pemiik nama itu akan menuju CINTA yang sama.

jauh di sudut hati ana,ana berharap ntalah pemuda itu. nta lah yang akan sama2 dengan ana menuju CINTA yang abadi. nta lah yang ana tunggu,meskipun ana tidak lagi merindui nta..

ramadhan datang lagi.menggamit memori perkenalan kita.. yang juga dalam bulan ramadahan. oleh sebab itu,ana akan tetap menanti.

wahai insan yang pernah ana fitnahkan hatinya,maafkan ana atas keterlanjuran ana menarik nta kelembah maksiat dunia. ana nak nta ingat wanita adalah fitnah terbesar buat ikhwan,itu pesan Rasulullah,termasuk ana buat nta,dan ikhwan yang lain. maka jagalah hubungan nta dengan akhowat. tundukkan pandangan,tundukkan hati. ana tak mahu ada akhowat lain yang menfitnahkan mujahadah nta lagi,sesungguhnua yang sebetulnya,ana cemburu.

jadilah mujahid kerana ALLAH...kejarlah cinta ALLAH.

harapan ana,insyaALLAH,takkan pudar..

moga harum namaku di hatimu..

p/s: dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adakah wanita solehah

No comments:

Post a Comment