BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 22, 2010

KAGUM???

menyoal diri??? kagumkah??
pada seorang lelaki bernama AMIRUL HAKIMI. keliru buntu!! namun aku tahu ini bukan sayang atau suka. ini sekadar kagum,cuma kagum.. mengapa?? ini anugerah ILLAHI.
aku tidak pernah mengenal siapa amirul hakimi ini meskipun lebih satu sem satu kuliah dengan dia. aku tak pernah perasaan pun kewujudannya. tapi perkenalan di on9 ari tue,bukan sekadar membuat aku kagum pada nya,malah mengubah kembali kepercayaan aku pada lelaki. membuat aku kembali percaya masih ada lagi lelaki baik dalam dunia ni.
apa yang aki kagum?? kagum pada sesuatu yang dia miliki sebagai insan yang kelihatan sama dengan lelaki yang kurang baik yang lain. namun dia menyembunyikan kewibawaannya dan keimanan nya, jua kebolehannya. aku kagum soal itu.
hari pertama naik cuti,hari ahad,dia mengajakku ke surau maghrib itu,tika itu dia baru sampai dari 'new castle'. penat,tapi masih mampu menggagahkan kaki,menyahut seruan ILLAHI. aku menerima ajakannya,ke surau dengan farah najiha. azan berkumandang,lunak suara azan itu. tapi suara itu dah biasa aku dengar,tidak jadi pelik padaku. tapi bila iqamat di laungkan,aku berdiri di belakang tabir,aku nampak orang itu.orang yang sedang azaan itu. macam amirul hakimi,aku agak2 yang macam dalam gambar tu.. tapi aku belum pasti.benarkah itu amirul hakimi yang baru aku kenali??
aku belum pasti...
esoknya,aku nampak amirul hakimi di kuliah ku.. tapi aku belum benar2 pasti itu amirul hakimi. ye ke?? cuma aku pasti,itu lelaki yang azan semalam.. tapi kenapa nampak lain sangat dari dalam gambar?? nampak lagi 'slim'.. huhuhuhu.. dia plak tak pernah tegur aku,macam mane aku nak kenal.. banyak kali kami terserempak,tapi aku tak kenal dia pun,bukan tak kenal,tapi tak pasti. sehari lepas tu baru aku confident itu amirul hakimi,tu pun bila amirul hakimi mengaku itu dia.. kalaw tak aku akan terus dalam ketakpastian...
hari demi hari laungan azan iti berkumandang,lunak,lunak sangat,anugerah ALLAH,sehingga terkesan di hati ku.
aku kagum dengan lunak dan merdunya suaranya. sehingga aku menanti suara itu melaungkan azan,hampir setiap hari. subuh,zohor,asar,maghrib terutamanya,isyak. zohor selalu nya,aku balik tido dahulu sebelum tiba nya waktu zohor. tapi bila sampai waktu nya amirul hakimi yang azan,aku bingkas bangun. aku tak tahu kenapa,aku taknak tertinggal pun azan darinya. subuh jua,aku suka bila dia laungkan 'assolatu khairun minannaur'. meski mengantuk,aku gagahkan jua bangun. tanggungjawab aku lagipun. amirul hakimi.
dalam minggu lepas,hari2 ku tunggu,kosong tanpa laungan azan darinya,aku pelik.. mane dia,kenapa tak azan. tapi tidaklah sampai mengganggu kosentrasi ku pada apa2,sebab ini cuma kagum.. kagum cuma.. hari itu,dia tidak azan lagi,aku di bilik. bergegas ku kesurau selepas azan berkumandang. iqamat pula dari orang yang sama. terlintas di fikiranku, 'mungkin nanti isyak hari ni kot,dia azan" tapi kalaw dia tak azan pun aku tak kisah. tapi lain plak jadinya,bila mich di serahkan pada iman,suara dia yang kedengaran meminta meluruskan saf.. 'hah,dia imam ke?? habis lah'
memang betul,aku bermujahadah hari itu untuk terus khusyuk dalam solat. berkali-kali aku lalai dalam solatku,atas sebab merdunya alunan surah yang dia bacakan.. aku cuba tulikan telinga ku sebentar,mengalunkan al fatihah kuat supaya tenggelam suara nya,tapi,aku terhanyut juga.. astaghfirullah,beginilah aku solat,rela ku solat sendirian. kenapa kagum ku sampai melalaikan aku??? kanapa ya??
dia,tidak membaca doa,di serahkan pada orang lain.. aku berdoa,aku berharap isyak nanti,jangan la dia imam lagi,aku tak mampu bermujahadah lagi.. ALHAMDULILLAH,isyak hari itu dia azan aje. dan selepas itu,dia tak lagi imam,ketika aku jadi makmum..
hari ini,aku katakan padanya,lunak suaranya azan,aku mintak supaya jangan jadi iman,alasannya aku jadi lalai. dia nak taw kenapa,aku cuma cakap,aku sanggup solat kat bilik kalaw dia yang jadi imam.. dia mahu tahu lagi kenapa?? aku cuma jawab tak tahu.. dia tak puas hati lagi,lantas ku ubah topik..
aku memang tak tahu kenapa aku boleh lalai dengan suara nya.. kagum ku terlampau tinggi.. padahal dia cuma salah seorang hamba ALLAH yang biasa.sama seperti aku,mungkin cuma iman aku dan dia yang tak serupa.
maaf.amirul hakimi,aku tak ada jawapan yang psti untuk ketidak psstian ini.
safri,seorang lagi hamba ALLAH yang aku kagumi. malah rasa kagum aku pada safri melebihi kagum aku pada amirul hakimi.. tapi safri tak pernah melalaikan aku..
ya ALLAH ampuni aku lalai dalam menunaikan ibadahku. aku mohon,jangan rasa kagum ini bertukar menjadi suka atau sayang,kerana mereka juga hambaMU. aku perlu setia pada bakal suami ku tak lama lagi. pimpinlah aku kejalan mu..

No comments:

Post a Comment