BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 4, 2010

BUAT INSAN BERNAMA SAHABAT

Buat insan bernama sahabat
Jam di laptop ni dah 2.20 pg,aku jua sudah ngantuk. Tapi alang2 laptop ni ade ngan aku,dan aku ingin sekali meluahkan perasaan ku buat insan bernama sahabat yang menjadi temanku dalam waktu terdekat ini.
Farah najihah,nama yang tidak langsung asing di sini. Sebut saja namanya semua oaring kenal dengan dia,bukan saje di kenal sebagai ketua blok,tapi sebagai seorang insan yang di kagumi agamanya. Aku mengaku masa mula2 farah najihah di lantik jadi ketua blok,aku agak ragu2. Ye la,mula2 akak farah,fasi mase tu sibuk nak zam jadi ketua. Bila time perlantikkan tup2 farah najihah keluar,tak pernah Nampak pun dia sebelum tu. Tapi aku tak pernah pertikaikan keraguaan aku tu. Sampai la aku betul2 kenal dia,baru aku taw kenapa akak farah pilih dia jadi ketua blok.
Saat amirul hakimi cakap dia nak kenalkan aku dengan farah najihah,hatiku di runtun malu. Kadang2 aku pelik,aku langsung tak segan dengan amirul hakimi waktu tu,bercerita pekung di dada,tapi bila hakimi nak kenalkan aku dengan farah,supaya farah boleh tolong aku,hati aku meronta tak nak,malu terasa bukan main. Rase macam tak nak tegur pun farah kalaw amirul hakimi betul2 cakap pasal aku kat farah.
Tapi yang peliknya,aku sendiri pun tak tahu kenapa,sedang hati ini meronta mengatakan tidak,jemari ku tanpa berbolak balik menaip text pada amirul hakimi menyatakan yang aku inginkan pertolongan dari farah. Saat itu aku terfikir yang aku akan jumpa farah kat kolej aje. Mungkin amirul hakimi takkan kenalkan aku dengan farah saat itu.
Namun,debarku menggila,bila ku lihat nama farah najihah terpampang bila aku on9,jemari ku rasa sedikit kaku untuk menerima huluran ukhwah itu. Lama aku terdiam di depan computer. Kenapa secepat ini amirul hakimi kenalkan aku dengan farah. Bila aku tengok farah offline,aku berani klik ok kat situ. Tup2 farah pun terima jugak. Mase tu malu,takut,segan semua nya bercampur baur. Aku keliru sangat.
Yang peliknya,tak sampai sejam aku kenal dengan farah,aku dah mula terfikir nak cerita macam2 kat farah,terutama sekali pasal nur iman. Aku taw tak de sape yang taw pasal nur iman,haniza je yang taw. Sanggup ke aku nak orang lain tahu selain dari siapa yang tahu saat itu? Hatiku berbisik,boleh ke aku percaya farah najihah,dan amirul hakimi??? Dan saat itu,kepercayaan aku pada orang lain benar2 di renggut,aku keliru nak percaya atau tak. Sebenarnye aku lagi selesa dengan amirul hakimi mase tu,sebab aku dah terbiase berkawan dengan lelaki.
Tapi lain pula jadinya,sedang akal berfikir mahu atau tidak,jari jemari ku lebih pantas menaip meseg2 pada farah najihah,menceritakan segalanya. Terutama sekali pasal nur iman. Dan air mata ku tidak pernah berhenti mengalir,saat setiap huruf terlahir dari hujung jariku,meluahkan segalanya pada farah najihah,aku jadi pelik dengan diri ku sendiri,senang2 membuka pekung di dada pada orang yang belum aku percaya sepenuhnya saat itu. Apa yang pernah ku beritahu pada amirul hakimi sebelum tu,itu lah yang aku beritahu farah najihah. Dan apa yang farah najihah tahu,amirul hakimi pun tahu. Kecuali kisah nur iman.
Aku jadi tenang bila aku beritahu farah semua. Aku seolah2 insan kosong yang seperti tak tahu apa2. Bertanya pada farah,seolah2 aku ini tak de ilmu di dada,padahal aku tidaklah seteruk itu.walaupun akal ini mengatakan yang aku masih belum percaya pada sape2,tapi hati ini telah pun meletakkan sepenuh kepercayaan pada farah. Aku kagum semuanya tentang farah.
Dua tiga hari sebelum masuk kolej,aku tak contact farah sekektika,mase tu aku tersa rindu,yang rindu sangat2. Aku tak dapat nak ungkapkan cam ane aku rindu farah waktu tu. Pada haniza,kawan baik aku pun aku tak pernah rase rindu separah itu,sedang berpisah dengan ummi aku pun masih belum wujud rindu setara itu. Tapi rindu pada farah,membuatkan aku menitiskan air mata,apatah lagi bercampur dengan kesedihan yang cuba ku kongsi tanpa farah tahu. Hati ku yang mudah benar terguris dan tersentuh,mudah saje membuatkan mata ku berkaca. Lagi2 saat aku meluahkan rasa rindu ku pada farah kat amirul hakimi. Dan kata2amirul hakimi saat itu,menusuk sanubariku. Dan kepercayaan ku pada farah semakin menebal.
Yang aku peliknya,aku tak pernah lagi jumpa farah depan2. Apatah lagi untuk berbual bersahaja. Aku jua terfikir bagaimana agaknya farah layan aku @ aku layan farah bila jumpa nanti.. kaku kah kami? Tapi,kenapa rindu? Kenapa ada rindu,kenapa rindu itu wujud pada seseorang yang aku tak menyangka dan tak ingin pun rindu itu wujud. Rindu itu menyiksa batinku,seolah2 aku sedang merindu kekasih ku saat itu. Malah riduku pada farah mengatasi rindu ku pada faiz. Setiap saat aku tunggu meseg farah,dan sepanjang waktu kerinduan itu,langsung tak ku meseg faez. Aku lebih memikirkan farah dari faiz. Hati ku gundah. Aku benar2 menanti saat2 aku akan bertemu dengan farah,walaupun waktu itu aku tidak sedar akan keinginanku ini..bukan,bukan tak sedar,tapi ego ku tak mahu mengakui.
Saat pertama kali bertemu farah,saat tangan kami bersalaman,tiada kata yang mampu aku luahkan untuk gambarkan bagaimana rasanya rindu terlerai.rindu yang teramat sangat itu terlerai tika itu. Tapi aku sayu melihat suramnya kesedihan dalam mata farah,dan hati aku betul2 pilu bila farah mengakui kesedihannya. Aku terdiam,kerana aku tak pandai menghadapi situasi ini. Aku diam,bukan kau tak mengerti,aku sebenarnya tak berani meyebut soal itu padanya. Aku takut dia pilu.
Dan kini.atas apa yang dah dia korbankan untuk aku,masa tenaga,duit dan macam2 lagi,dan atas segala yang aku korban demi iman ku,aku betul2 mengagumi farah najihah,insan tabah yang tak pernah menghukum aku,meskipun sedar,betapa teruknya aku. Meski tahu sehitam mana kisah silamku. Aku masih belum mahu mengaku ada sayang di hati ini untuk nya lebih dari sayang pada mana2 sahabat yang pernah aku miliki. Tapi aku sering menanti kehadirannya.
Sebelum ini,jika kau ada meminati mana2 lelaki,aku admire kat sowang2 laki. Aku sentiasa mahu ade kat mane lelaki tu boleh Nampak aku. At least pun,aku sowing je boleh tengok dia,meskipun dis tsk sedar kehadiranku. Bagi aku tengok muka pun jadi la. Tapi saat ini aku benar2 mengaku,tulus dari hati ku,apa yang ku rasa itu,aku merasakan nya pada farah. Satu2 nya perempuan yang mampu buat aku ‘angau’ sepanjang aku hidup. Aku keliru. Aku baru sedar yang aku sentiasa ingin farah ade di sekelilingku,cukuplah sekadar aku dapat melihat wajahnya,meskipun dari jauh. Meskipun aku hanya kenal gerak tubuh nya. Apatah lagi kalaw saat itu dia juga terpandang ku,lagi aku suka bila dia senyum padaku. Hati aku emlonjak0lonjak gembira saat dia menegurku. Tak terkata gembiranya.
Saat ini,tiap masa aku merindukan kehadirannya. Menantikan deringan henfon ku,menyampaikan kata2 penuh hikmah dari farah. Senantias ingin farah ade di hadapanku,agar terlerai rindu. Ingin mendengar farah berbicara kata2 nasihat,meskipun aku tidak menanyakannya saat itu,meskipun waktu itu,apa yang kami cakapkan tidak ada kene mgena dengannya.
Tapi aku malu,diri yang hina ini masih segan dengannya. Saat aku berdepan dengannya,lidah ku jadi kelu. Jari jemariku gementar,dan jantung ku seolah-olah berhenti berdegup. Aku jadi hilang kata2,walaupun bibir ku berbicara,namun hati ini sungguh bolak-balik.
Jam sudah 3.10 pagi,mataku pun dah semakin berat. Aku tahu dan aku sengaja simpan file ni dalam laptop farah. Semoga farah akan terjumpa dan membaca,biar bila pun waktu itu. Kerana memang sifatku,bila aku jatuh hati pada seseorang,aku akan meluahkannya,dari perasaan ini menyiksa jiwa ku. Namun kali ini,hatiku jatuh pada sebuah ukhwah atas nama ALLAh. Rindunya dating secepat kilat,moga sayingnaya aku padanya sampai syurga,dan sayangnya dia padaku sehingga dia sanggup mengiringiku ke liang lahad. Moga ALLAH kekalkan ukhwah ini,moga aku senantiasa di jalanNYA,dengan bantuan seorang insan bergelar SAHABAT. INSYA’ALLLAH!!!!
Sesungguhnya hati ini menyayangimu farah,demi kerana ALLAH. Meskipun akal ini masih membantah pengakuan ini,tapi aku sedar hati ini cuba farah sucikan,dan yan lebih percaya pada hati ini. Semoga ALLAH mengekalkan persahabatan kita.. AMIN!!! (terasa macam banyak lagi nak di luahkan)

No comments:

Post a Comment