BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 29, 2010

UKHWAH CINTA ILLAHI

Syaza Zuhaira Syauqah October 23 at 12:55am
Nama: Nor Syazana BT Shamsuddin
no tel: 0145457141
Email: norsyazanashamsuddin@yahoo.com.my
Gaya: Novel Dewasa
Tajuk cadangan: Moga Harum Dihati.

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM…semoga setiap bait kata ini di redhai ALLAH…
Aqila musliha masih bertatih dalam meniti jambatan menuju ILLAHI. Namun ujian ALLAH menyapa diri. Abang Ijan yang paling di percayai,terbuka keaiban diri, pernah terlanjur dengan kekasihnya sendiri. Insan istimewa buat Aqila,Faris Suhaimi, tiba-tiba menyepi. Atas sebab apa Aqila Musliha tidak pasti. Dendam mula membara di hati,Aqila mahu kembali kepada dirinya yang di selubungi jahillah di masa silamnya. Dia mula menjalinkan hubungan semula dengan bekas kekasihnya sewaktu persekolahan dahulu,Faezzie Faez.
Cuti pertengahan semester 2 di matrikulasi, Aqila Musliha bercuti di rumah kakaknya dan di benarkan melayari internet sepanjang masa. Dari situlah Aqila Musliha mencari kawan lelaki seramainya. Rasa marahnya pada insan bernama lelaki, bertukar menjadi dendam di hati. Yang dia tahu, dia mahu cuba membalasnya. Di laman interaksi sosial di internet,Aqila Musliha mendapat ramai kawan lelaki. Namun tidak di sangka, hidayah ILLAHI masih menyuluh jalan yang sepi.
Salah seorang dari kawan-kawan yang di kenalinya itu,adalah pelajar di kolej yang sama dengan Aqila Musliha . Amirul Hakimi namanya,bilal surau di kolej Aqila Musliha . Tidak di sangka Amirul Hakimi juga satu kuliah dengan Aqila Musliha . Hati Aqila Musliha tergerak untuk meluahkan rasa di jiwa pada Amirul Hakimi, semua yang menjadi duri di hati. Sungguh-sungguh Amirul Hakimi ingin membantu Aqila Musliha ,namun dia tahu batas ajnabi antara mereka. Lantaran itu, Amirul Hakimi memperkenalkan Aqila Musliha dengan teman seperjuangannya yang turut menaikkan nama Islam di kolej. Gadis berwibawa bernama Zuhaira Syauqah. Kebetulan atau ketentuan ILLAHI, Zuhaira Syauqah adalah ketua blok Aqila Musliha . Sungguh, indah benar apa yang ALLAH tentukan.
Melalui talian interaksi sosial, Aqila Musliha berkenalan dengan Zuhaira Syauqah. Sekejap sahaja mereka sudah mula akrab. Hati yang pilu, pada Zuhaira Syauqah, Aqila Musliha serahkan. Semua kemusykilan Aqila Musliha ,Zuhaira Syauqah jawab dengan tabah. Pendapat sahabat yang satu fikrah turut di minta, untuk mengunci hati Aqila Musliha pada ukhwah. Belum lagi bertemu wajah, Aqila Musliha mula rindu pada Zuhaira Syauqah. Entah kenapa,inilah rindu pertama yang dia rasa buat sahabat seorang muslimah. Kata Zuhaira Syauqah, oleh sebab ukhwah ini kerana ALLAH, manisnya dapat di rasa.
Ujian ILLAHI datang menguji Zuhaira Syauqah. Adik yang di cinta di jemput pergi, jauh menuju syurga abadi. Sewaktu itu usia perkenalannya dengan Aqila Musliha belum cukup seminggu. Kehadiran Aqila Musliha seolah-olah pengubat hati duka di kala hiba. Pengganti diri untuk di bimbing menuju jalan sejati.
Pertemuan akhirnya bersua. Pipi Aqila Musliha di cium mesra. Tiada jijik di jiwa meskipun tahu kisah silam Aqila Musliha yang duka. Zuhaira Syauqah mula menyayangi Aqila Musliha kerana ALLAH. Aqila Musliha di ajak menuju jalan ILLAHI. Di ajar mengaji, di ajar solat, di ajar berbudi. Zuhaira Syauqah juga mengajar Aqila Musliha hubungan sebenar dengan ajnabi. Oleh sebab itu, Aqila Musliha menngambil keputusan memutuskan hubungan dengan Faezzie Faez, agar mampu dia memperoleh hidayah dengan redha ILLAHI.
Dalam masa yang sama, Aqila Musliha terus rapat dengan Amirul Hakimi. Baginya Amirul Hakimi sudah menjadi pengganti abang yang merenggut kepercayaan di hati. Rupa-rupa perhubungan adik dan abang ini juga mengundang bisikan syaitan. Amirul Hakimi mula jatuh hati dengan Zuhaira Syauqah,pada Aqila Musliha yang sudah di anggap adik, dia meluah. Dengan harapan Zuhaira Syauqah tahu maksud yang di olah,supaya Zuhaira Syauqah menjadi miliknya apabila dia bersedia nanti. Aqila Musliha yang telah di didik Zuhaira Syauqah, cuba melembutkan hati Amirul Hakimi, supaya menjadikan perasaan di jiwa, rahsia yang nyata. Pesan Rasulullah, siapa yang jatuh hati dan merahsiakan perasaan nya,apabila dia di jemput ILLAHI, matinya syahid. Amirul hakimi dan Aqila Musliha sama-sama merahsiakannya dari Zuhaira Syauqah. Sewaktu ini juga Aqila Musliha menyedari, Faris Suhaimi menjauhkan diri,kerana cintanya pada ILLAHI. Perlahan-lahan dia dapat memaafkan tindakan Faris Suhaimi.
Masa kian berlari, diri Aqila Musliha terus di didik Zuhaira Syauqah. Aqila Musliha mula merasakan jiwanya mencari cinta ILLAHI. Zuhaira Syauqah juga mengenalkan Aqila Musliha pada ukwah fillah. Sahabat seperti Sakinah dan Hamidah yang bertemu Aqila Musliha hari-hari terasa biasa. Namun apabila di lihat dari kaca mata fikrah, ukhwah itu cukup indah. Diri Aqila Musliha yang terasa sendirian, tidak lagi bila di isi dengan sahabat ukhwah fillah. Suatu malam, Aqila Musliha pitam di surau, di saat itu, dia melihat kasih sayang Zuhaira Syauqah padanya. Sungguh, segala cinta Aqila Musliha terluah pada Zuhaira Syauqah.
Tamat akhirnya di kolej ini, perpisahan pasti terjadi. Ketika Zuhaira Syauqah melawat Aqila Musliha beberapa hari,Aqila Musliha menyerahkan rantai silver pada Zuhaira Syauqah. Rantai kesayangan pemberian Faezzie Faez sewaktu sekolah menengah. Janji Aqila Musliha , dia mahu Zuhaira Syauqah memulangkan kembali rantai itu apabila masing-masing tamat belajar di peringkat ijazah nanti. Zuhaira Syauqah mengenggam janjinya di hati.
Akhirnya Aqila Musliha di terima ke sebuah pusat pengajian berhampiran rumah Zuhaira Syauqah,gembiranya bukan kepalang. Tetapi takdir ILLAHI, perpisahan juga terjadi. Zuhaira Syauqah mendapat tawaran menyambung pelajaran di bumi anbiya. Sedih hati, namun di telan jua. Demi memperjuangkan agama islam di bumi ALLAH, Aqila Musliha pasrah. Tidak di sangka, sewaktu majlis perpisahan Zuhaira Syauqah, ada hati yang mula terpaut. Amirul hakimi takut kehilangan, lantas isi hati di luah di hamparan kata. Zuhaira Syauqah hanya memendam apa yang di rasa. Membawa seribu makna untuk berjuang menuntut ilmu di bumi cinta ILLAHI.
3 bulan Zuhaira Syauqah pergi, Aqila Musliha di lamar melalui Zuhaira Syauqah sendiri. Sepupu Zuhaira Syauqah, Syaz Nur Iman meghulur ikatan suci. Di terima Aqila Musliha dengan senang hati, setelah mendapat petunjuk ILLAHI. Ikatan pertunangan di jalin sebagai tanda diri di miliki. Zuhaira Syauqah berkongsi kebahagiaan Aqila Musliha di kejauhan. Setahun lebih ikatan ini,insyaALLAH di akhiri pertalian suci.
ALLAH lah yang menentukan segalanya. Aqila Musliha di sahkan menghidap leukemia. Semakin hari semakin menjadi-jadi. Syaz nur iman tetap setia menanti.Aqila Musliha meminta supaya di rahsiakan penyakitnya dari Zuhaira Syauqah. Dia mahu Zuhaira Syauqah tahu dia bahagia menanti ijab kabul dengan Syaz Nur Iman. Aqila Musliha semakin kritikal, dia di tempatkan di wad hospital. Aqila Musliha meminta dari Syaz Nur Iman, andai dia pergi, izinkan Zuhaira Syauqah untuk menyimpan cincin pertunangan mereka. Syaz Nur Iman setuju dengan titisan air mata.
Sebulan lagi hari bahagia Aqila Musliha, Zuhaira Syauqah ingin berada di sisinya saat itu. Zuhaira Syauqah pulang seminggu dari janjinya. Dia mahu membuat kejutan pada keluarga dan Aqila Musliha. Namun dia yang terperanjat dengan berita yang telah menunggu kepulangannya. Belum sempat di ijab kabulkan, Aqila Musliha di jemput pulang menuju ILLAHI. Titisan air mata mengiringi lawatan Zuhaira Syauqah ke makam Aqila Musliha yang masih merah merekah. Di situlah, Syaz Nur Iman menyerahkan surat yang di titipkan Aqila Musliha jua cincin pertunangan mereka. Dengan tangisan sayu, Zuhaira Syauqah membaca luahan hati dan cinta Aqila Musliha terhadapnya. Jua harapan Aqila Musliha untuk bertemunya di syurga nanti,kerana janji ALLAH,sahabat yang mencintai sahabatnya kerana ALLAH,akan di kumpulkan bersama di syurga nan indah. Terlakar juga ketulusan Amirul Hakimi yang menyimpan perasaan pada Zuhaira Syauqah, dalam doa Aqila Musliha saban waktu, moga ALLAH menjodohkan Amirul Hakimi dan Zuhaira Syauqah. Selesai membaca tahlil di sisi kuburan Aqila Musliha , baru dia sedar Amirul Hakimi ada di sisi.
Hampir setahun berlalu, Zuhaira Syauqah melawat kubur Aqila Musliha lagi. Di sisinya, Amirul Hakimi sedang mendukung seorang bayi perempuan, menemani kesedihannya. Doa Aqila Musliha di makbulkan ILLAHI. Bayi perempuan mereka di namakan Syaza Aqila Syauqah. Di leher bayi itu ada kalungan indah rantai silver yang Aqila Musliha serahkan suatu ketika dahulu.
“ YA ALLAH, saat KAU menjemput adik kesayanganku, KAU gantikan dengan Aqila Musliha, sebagai teman sejatiku. Saat KAU menjemput Aqila Musliha, KAU gantikan dia dengan Amirul Hakimi, sebagai suamiku dan Syaza Aqila Syauqah, sebagai penyeri hari-hari sepiku tanpa Aqila. Moga kami semua akan di pertemukan olehMU di syurgaMU yang indah”

No comments:

Post a Comment