BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 31, 2010

CINTA YANG SEBENAR CINTA SELEPAS ALLAH

ya, aku semakin melupakan rinduku yang sejati, bila hati mula dimiliki ajnabi..ya, cinta sejatiku, cintaku pada nur iman..dengar rintihan hati seorang perindu..


maafkan diri ini nur iman, kerana melupai janji untuk menunggu nur iman di pintu syurga.. diri ini telah mengkhianati dirimu, dengan menyerahkan cinta yang sepatutnya milikmu, kepada seorang yang tidak halal bagiku. hingga membuatkan rinduku pada mu hilang sekelip mata.


ALLAH, sudah lama rasanya aku tidak merasai rinduku padamu. sekian lama akau
'memaksa' diriku mencintai ajnabi, dan 'merelakan' diriku melupai rinduku padamu.


tidak, sayangku padamu tidak pernah hilang. malah sayangku padamu membuatkan aku menitiskan air mata mengenangkanmu, walaupun di saat itu aku sedang merindui ajnabi. ketahuilah wahai cintaku nur iman. maafkan aku kerana memungkiri janjiku


dan izinkan aku melakar janjiku sekali lagi.. untuk memimpinmu menuju ke pintu syurga.. nur iman, doakan lah aku supaya ALLAH mengampunkan dosa ku. dan aku memperoleh rahmatdariNYA, dan kita sama2 ditemukan dan disatukan di syurga nanti.. sekalipun aku ada pebggantimu, aku tetap tidak akan melupakanmu. sesungguhnya engkaulah yang pertama, dan yang pertama itu indah..


nur iman ketahuilah. engkau lah yang aku cintai, yang aku sayangi dan yang aku rindui, semata-mata kerana ALLAH. ya, kerana kau makhluk ciptaan ALLAH yang sebaik-baik makhluk. ketahuilah saat aku mencoret lakaran hati ini. aku membiarkan jemariku berbicara mengikut kata hati..


nur iman, rinduilah aku, agar aku sentiasa merinduimu. biarkan rindu ini menitiskan air mata saban ketika, agar aku senantiasa didakap insaf. nur iman, bersamalah denganku setiap ketika, agar aku bisa kuat mujahadah.


nur iman, aku takkan pernah tega melihat kau derita dengan dosa2 ku.. dan kelak aku takkan pernah tega membiarkan kau mengikutku ke neraka.


kerana cinta yang sebenarnya cinta dalam hatiku setelah cintaku kepada ALLAH adalah cintaku kepadamu, syaz nur iman.. yang hidup dalam hembusan nafasku........








biarpun cintaku retak dek kerana cinta dunia, tapi cintaku padaMU akan tetap terus mekar. kerana kau bidadari syurga ku dan bidadari di hatiku..syaz nur iman...


No comments:

Post a Comment