BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 10, 2010

SIAPA SANGKA

BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM
Siapa sangka gadis ‘ganster’ ini suatu ketika dahulu,berubah bertudung labuh seperti ini.. suatu ketika dahulu,yg sering nampak mukanya di kawasan air terjun,kini bergelar mahasiswi..kelakar pula bila ana mengenangkan semua itu.. ana,suatu ketika itu,pengawas nakal di sekolah.. sering kali ponteng kelas,apatah lagi kelas tambahan,selalu sahaja menyisihkan diri.. orang bawa moto pergi sekolah,ana melencong ke air terjun dengan kawan-kawan yang sudah pun tamat spm. Dalam kelas pula,selalu tidur. Sehingga naik berbuih rasanya guru-guru menasihat. Akhirnya, ana di biarkan sahaja melayan kerenah.

Tersenyum aku sendiri. =)

Namun,ada peristiwa yang tak mungkin ku lupa. Yang membawa aku berpijak di bumi upm ketika ini. Masih ku ingat waktunya,dua hari sebelum peperiksaan spm bermula. Aku lewat pulang dari sekolah,sebab aku ingin bertemu cikgu Roshaniza,guru fizik ku ketika itu..terima kasih cikgu,di atas segala usaha cikgu ke atas saya,sahabat2 saya,kakak senior dan adik2 junior.. sungguh besar pengorbananmu guru. Sebelum melangkah keluar,aku di tegur oleh seorang guru yang kebetulan ada di situ,hanya kami bertiga dalam bilik guru itu. “awak target berapa A spm ni,syazana?”

Aku tersenyum sumbing. Malu pula aku,memandangkan result trial spm ku hanyalah 5A. “kalau boleh saya nak dapat 8A,” aku tersenyum malu. Seolah-olah besar pula harapanku,tetapi itulah juga target sekolah ke atas keputusanku. “ha,ok la tu. Subjek apa yang awak tak target A,” cikgu itu bertanya lagi. Alamak! Nasib cikgu biologi ku dan teacher english ku tiada di situasi itu. Aku tergedik malu, “biologi dengan bi!”

“ooo,fizik target A la?,”

Aku mengangguk,masih malu...............ALLAH,serasanya mustahil sahaja..result trial fizikku,aku mendapat C5. Salah satu dari 2 mata pelajaran yang aku dapat C. Kalau dapat sekurang-kurannya A2,cukup bertuah aku rasa. Cikgu tersenyum memuji, “wah bangga la awak ros,anak muruid target A fizik,” aku nampak ada senyuman bangga di bibir cikgu Roshaniza.

Sewaktu menerima slip keputusan spm,ALHAMDULILLAH,target sekolah dan target diriku sendiri dapat ku capai. 6A1 2A2 1B3 dan 1B4. Fizik adalah matapelajaran kedua yang aku tengok selepas add math. Alangkah terkejutnya aku melihat result yang tertaip di situ... A1??????????????? Serasanya tidak percaya. Dari C5?????????????? Selepas ku kucup tangan2 guru di dewan itu,aku segera mencari kelibat cikgu Roshaniza. Tiada...! lantas ku bergegas ke bilik guru. Tiada..!! cikgu,ingin ku tunjukkan result ini padamu.
Aku ke kelas yang di katakan cikgu sedang mengajar, tapi tiada. Tak mengapalah mungkin bukan jodohku bertemu dengan cikgu hari ini. Aku melangkah turun melalui tangga pelajar,mungkin bertemu dengan sahabat2 buat kali terakhir. Tiba di kaki tangga,aku di tahan oleh guru math ku sewaktu tingkatan 3. Habis sahaja berbual,aku menoleh kebelakang,dan ketika itulah cikgu Roshaniza sedang menuruni tangga. Terus aku menegur. Slip ku tunjukkan. Cikgu tersenyum lagi. Kertas berwarna kemerah-merahan di tinggalkan dalam genggaman ku ketika aku menyalaminya. ALLAH,bukan ini yang ku harapkan balasan darimu,guru.

Lantaran itulah,aku mengambil keputusan memilih aliran fizik di matrikulasi. Malah keputusan di matrikulasipun cukup memuaskan hatiku. Membuatkan aku tercampak bangga di upm ini,dalam aliran yang aku minati. Walaupun aku lebih meminati math dan add math, tapi aku lebih memilih untuk mengambil aliran fizik sebagai kos utama.

Dalam tahun pertama,aku bertemu dengan demo tutorial fizik ku,akhi hazazi,yang sering mengaitkan fizik dengan sunnatullah. Setiap kali dia mengaitkan fizik dengan sunnatullah,aku jadi seronok. Dan aku bangga berada dalam aliran ini,walaupun hanya bakal menjadi guru,besar pahalanya seorang guru. Masih tergiang kata2 akhi hazazi, “bila awak belajar fizik,suatu hari awak akan jumpa sesuatu yang akan buat awak betul2 sujud pada pencipta itu sendiri!” subhanallah ,begitu besar sekali aliran ini??

Aku tekad,aku ingin mencari apa yang akhi hazazi telah temui.

Dengan itu,aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat semua guru yang pernah mengajarku sejak dari sekolah rendah,sekolah menegah,matrikulasi dan sekarang di upm. Yang aku highlight kan,cikgu Roshaniza,cikgu kamilah,cikgu fizik form 4 ku,yg pernah aku lukai hatinya,teacher zakiah,yang pernah aku guris hatinya,tapi tak pernah dia melayan aku sebaliknya. Cikgu shida,miss padilah,cikgu najmi,cikgu shahida, dan semua cikgu2 syazana yang tersayang. insyaALLAH,suatu hari nanti saya akan menyambung tugas mulia cikgu2 sekalian. Dan insyaALLAH saya akan lahirkan ‘syazana’ yang baru yang lebih baik dari syazana yang lama ini.


“awak ni kat sekolah nampak aje baik,kat luar macam pelesit. Bawak moto,main pintas aje kereta saya,” ALLAH,ayat cikgu jani. Memang pedas ketika itu.. aku masih form 5.. agaknya sewaktu aku berlumba olok2 dengan kawan2ku,aku tidak sedar kereta cikgu jani di sebelahku. Adik angkatku,amar dan fahmi,tersenyum. Entahkan mengejek,entahkan apa. Mereka tahu agaknya betapa nakalnya aku. Dan siapa sangka,pelajar yang nakal itula,akhirnya memegang sandaran pelajar terbaik SPM 2008.

Kadang-kadang tiada yang mustahil untuk di capai. Terasa mustahil untuk mengubah keputusan fizik C5 kepada A1.. tetapi aku telah buktikan dengan bantuan ALLAH. ALHAMDULILLAH..

No comments:

Post a Comment