BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 29, 2010

DEMO TUTOR FIZIK

lama rasanya aku tidak meluah rasa disini...bukan apa blog ini sebenarnya di tulis untuk meluah rasa pada Amirul Hakimi sebelumnya,tetapi amirul hakimi juga sudah sibuk. blog ini belum tentu dikunjunginya..

tetapi saat ini hati betul2 gundah..aku ingin sekali meluah rasa.. baru sebentar tadi aku meluahkan rasa ini pada izzusalam dan zulhasif.. mereka cukup terbuka untuk mendengar bicaraku. bukan aku tidak mahu mencari sahabat perempuan, tetapi kadang2 itu yang menyukarkan... sama seperti situasi yang aku terima sewaktu sekolah menengah dahulu.. ajnabi lebih memberi perhatian kepadaku dari sahabat yang sama fikrah. bukan aku menyalahkan mereka, tetapi aku mula rasa keseorangan. aku tahu mereka sibuk. dan kerana kesibukkan mereka itulah, aku terasa terpinggir.. sahabat, ketahuilah, aku benar2 insan yang perlu di pimpin dari mula perjalanan hingga akhirnya. sahabat ketahuilah,aku rasa terasing walaupun dengan kehadiranmu. kau dengar tetapi tidak mendengar.

bukan tentang sahabat yang ingin aku ceritakan. tetapi tentang dia yang meremukkan hatiku. kisah yang aku ceritakan pada sahabat, yang aku harapkan nasihat dan sokongan, tapi dibiarkan sepi, mujahadah sendirian, sehingga perasaan itu akhirnya memakan jiwaku.

sudah tentu bukan dia yang meremukkan hatiku, tapi perasaan aku terhadapnya yang menghancurkan jiwaku.. masih ku ingat hari pertama pertemuan itu.. sewaktu kami semua di lab fizik.. kak najah telah memperkenalkan diri, cuma demo tutor sahaja belum tiba. kata kak najah, dia pun tidak mengenali seorang lagi demo itu. seketika itulah dia melangkah masuk, menulis namanya di hadapan, dan memperkenalkan dirinya pada seisi kelas.. di saat itulah hatiku bergetar.



belum...aku belum jatuh hati padanya. getar itu hadir bila aku sedar yang aku terpaksa berurusan dengan ajnabi..ya, tutor subjek utamaku..tentu aku kena banyak berinteraksi dengannya. lebih2 lagi aku ini seorang yang banyak cakap. terfikir,perlukah aku banyak cakap di kelas tutorku nanti, memandangkan demonya seorang lelaki. tidak mengapa aku mencuba mengawalnya.

masa terus berlalu,minggu ke3 barulah aku masuk kekelasnya. subhanallah, ini kah dia..setiap bait katanya di sulam nama ALLAH.setiap formula fizik dikaitkan dgn sunnatullah. rasa kagum mula mendahului hatiku..aku masih mampu mengawal hatiku.

masa tidak mungkin kutahan..kelas dgn nya datang menyapa..kadang2 setiap soalan nya ku jawab..kadang2 dia pula yang bertanyakan aku. aku menjawab dgn bangga, masih belum sedar ada perasaan lain yang mengiringi kagumku.

aku menukilkan kisah 'siapa sangka'.inilah meseg yang dibalas.

----------------------------------------------------
alhamdulillah...syukur pada Allah.Agak terkejut bila membaca hasil tulisan saudari,lebih2 lagi apabila nama saya disebut.Pertamanya Sains adalah Hukum alami (sunnahtullah) yang memang Allah jadikan utk manusia mengkajinya.Dalam rentetan ilmu sains tabii adalah yang paling bawah sekali hirarrkinya..yg pertama didahului oleh falsafah-->Metafizik(rohani)-->matematik-->sains tabii-->teknologi..


disini saya beri syaza blog ilmiah yang saya cuba untuk bina.
Saya cuba untuk mencantumkan fizik dan metafizik didalam pemikiran pelajar2 saya,saya dahulunya bukanlah pelajar yang cemerlang spt anda.Tidak mendpt A1 fizik tetapi saya suka berfikir mengenai keindahan alam.Lihatla sains dgn mata hati..banyak persoalan yang masih saya pertikaikan didalm alami fizik,saya memilih bdiang penyelidikan dan akademik kerana ini sudah menjadi sebati dalam diri saya sejak sekolah lagi..


FIkir ZIKir= FIZIK

Sains seperti mana kita difahamkan..
Sudah cukup kita ditanam dengn fahaman pemikiran sekularisma dalam sistem pendidikan saya berasa terpanggil unutk mengubah pemikiran dan sistem pendidikan..

jika ada kelapangan sila la lawat blog saya.
ini adalh antar bidang2 fizik yang saya minati:

Kosmologi
fizik Kuantum
Fizik Zarah
Fizik Teori dan Fizik Matematik

jika ingin tahu lebih lanjut lagi insyaALLAh kita boleh duduk semeja dan berbincang saya amat seronok bila pelajar-pelajar saya sudha mula berfikir...


JZkk..
--------------------------------------------------------------

aku masih belum mengerti perasaanku..katanya aku boleh duduk semeja dgnnya dan berbincang mengenai fizik..aku mula mencari teman,yang meminati fizik sepertiku, tetapi tiada. maka aku membatalkan niatku untuk berbicara dengannya..masih lagi rasa kagum yang bersua..tapi mesej yang dibalas kemudian itulah yang menimbulkan rasa bahagia. ya, aku mula tahu, aku telah jatuh hati..

aku mencari sahabat untuk meluahkan rasa.. tetapi ada sahabatku yang menafikan perasaanku. katanya ini godaan syaitan.. ya, benar,godaan syaitan.. dan godaan ini jika tidak disucikan dengan tarbiah, maka akan teguh menjadi karang dosa. sungguh aku tidak mendapat tarbiah itu.. farah jauh,kurasakan dia tidak mungkin dapat berada disituasiku. maka aku tidak menceritakan secara detail kepadanya, kerana aku yakin aku mampu menghadapinya seorang diri. namun aku salah..

minggu berikutnya, kelas dia,sewaktu itu,aku masih belum sedar jiwaku. hari itu dia berpakaian selekeh. pertama kali aku melihat dia berpakaian seselekeh itu.. jiwaku tidak senang.aku tidak suka dia berpakaian seperti itu. dan minggu seterusnya,giliran kelasku adalah lab dan bukan kelas dia. setelah selesai solat zohor, sewaktu keluar dari surau, di hujung simpang aku terserempak dgnnya. aku menundukkan wajah, dia memberikan laluan padaku dahulu untuk melepasi ruangan pintu kaca itu. aku jadi cemburu.. kenapa minggu lepas dia berpakaian selekeh, tetapi minggu ini dia cukup kemas.. adakah ada kena mengena dengan mesej yang diberi padaku.. apakah dia sedar sesuatu yang aku belum sedar dalam jiwaku..

aku tertanya2, benarkah aku jatuh hati padanya.. aku cuba menafikannya. mujahadah untuk menjauhi perasaan itu. aku juga tidak tahu bila mujahadah itu hilang, dan bila saatnya aku mengaku kehadiran dia di hatiku. sungguh! sedar2 sahaja aku telah mengaku yang aku jatuh hati padanya, dan semuanya bermula dari kagum.

kelas seterusnya yang ku nanti2 kan, dia tidak hadir. tugasnya diganti dengan amir anuar. dia menghadiri konvo. aku lantas menaip mesej, mengucapkan tahniah padanya... wah...dia balas.. katanya parent dia datang.. aku seolah-olah boleh membaca kegembiraannya dari bait2 mesegnya.aku membalas mesjnya dan bersifat profesional dgn tidak memanjangkan mesejku.. kecewa rasa aku tidak dapat bertemu dgnnya..saat itu aku betul2 mengaku yang aku jatuh hati padanya..

kelas seterusnya dengan dia adalah 2 minggu lagi..itu adalah kelas terakhir dgnnya.. ya, aku amat2 berharap dia hadir hari itu..

masanya tiba.. aku cuba juga mujahadah.. wajahnya langsung tidak ku pandang.. aku takut hatiku bergetar..hari ini dia selekeh lagi. aku tidak memandangnya lama2.. aku diam sahaja, tidak menjawab pertanyaannya.. dan apabila dia mahu bertanya, dia tidak mengajukan soalannya padaku. tetapi pada e-von, gadis chinese itu.. terkilan juga.. tapi ku rasa lebih baik..

sungguh, aku menahan jiwaku sebagai seorang guru, apabila aku melihat dia agak tercengang dgn skema jawapan ditgnnya..apa yang aku mampu buat, aku ketawa untuk menyembunyikan gugupku..

sampai satu saat,dia betul2 tidak tahu jalan penyelesaiannya. dan aku tahu dia sedar aku sangat teringin untuk explain soalan itu. maka dia ajukan soalan, 'siapa yang boleh buat?' pantas tanganku hulur padanya untuk meminta marker darinya. marker di hulur, saat dia berpaling padaku, aku langsung tidak memandang wajahnya.. saat aku menerangkan soalan itu, dia lari kebelakang, tidak mendengar penjelasanku.

selepas soalan itu,aku diam lagi. saat itu aku tidak mahu nafikan lagi, hati ini benar2 sudah jatuh padanya. aku melangkah keluar tanpa membalas salamnya,tanpa mengucapkan terima kasih atas usahanya. jiwaku jadi tidak tenteram..

ku taip mesej menyatakan maaf dan terima kasih ku padanya..mesej itu menjadi meleret. tetapi masih dalam lingkungan nasihat dan pelajaran. nasihat diberi berterusan. sewaktu aku beritahu dia yang aku kagum dengannya, dia meminta aku kagum dengan ALLAH.. saat aku memuji betapa hebatnya cara dia berfikir, dia menyatakan yang ALLAH maha hebat..subhanallah, hatiku betul2 terpaut padanya setiap kali dia mnenyebut nama ALLAH..aku tidak dapat menahan diriku dari menghalang perasaan ini. dia meminta aku mendoakan kajiannya..ya doaku sentiasa untuknya.

"insyaallah, moga ALLAH sentiasa bersama dengan nta.. saya minta maaf, hati saya betul2 lain bila berdepan dengan nta, maaf ye.. assalamualaikum"

dia hanya membalas salamku...bagi ku itu sudah cukup..

mungkin kerana banyak yang aku post di wall fb ku tentang perasaanku padanya, tetapi aku tidak pernah menyatakan itu dia.. aku menginginkan nasihat.. kerana aku ketandusan nasihat.. sekali sahaja dia pernah menasihatiku, dan aku lupa apa itu nasihatnya, dia telah memadam komennya itu..kecewa juga...

tapi hari ini lebih kecewa..malam ku di temani air mata.sakit rupanya perasaan ini. mulanya aku membuka fb dye, masih seperti biasa.. hanya dalam beberapa ketika, dia telah me'remove'kan aku dari senarai sahabatnya..malah kedua-dua fb aku dibuat begitu..aduh,pedih betul rasanya. aku menangis saban ketika. di saat ini lah aku memerlukan sahabat tetapi sahabat2 aku semuanya sibuk. kalaupun aku pergi menemui mereka dan mengadukan kesedihanku, aku tidak akan dilayan..mungkin sekadar berpura-pura untuk menyenangkan hatiku..aku sedar semua itu..dan ketika itulah izzussalam muncul..mendengar segala keluh kesahku..memarahiku, lantas memberi nasihat padaku..dia kirimkan doa padaku..

-----------------------------------------
Muhamad Izzussalam October 30 at 1:13am Report
Ya Allah ya Tuhanku, aku ini hambaMu, putera* hambaMu dan putera* umatMu, jiwaku ini ada pada kekuasaanMu, hukumMu telah aku terima, keputusanMu adil bagiku.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu dengan semua namaMu, nama itu adalah nama yang ada padaMu, Engkau beritahu makhlukMu atau Engkau turunkan kitab untuk makhlukMu, serta Engkau beritahu rahsia ilmu ghaib yang ada pada sisiMu.

Ya Allah, jadikanlah al-Quran al-Karim sebagai bunga di hatiku, sebagai cahaya di kalbuku, sebagai pengubat kesedihanku, sebagai pengusir rasa sedihku.

*tukar putera kepada puteri bgantung kepada si pembaca
----------------------------------------------

seketika zulhasif pula menyapa, dia pula yang menjadi tempatku mencurah rasa..kenapa tyme aku perlukan sahabat untuk luahkan perasaan,yang ada cuma ajnabi..
kemana hilangnya sahabat2 perempuan aku....
aku macam ditinggalkan sorang2....benar2 sedih.. dua dalam satu mainan jiwa..

tiba2 email si dia menyapa. menyatakan tutor yang perlu dihantar..masih berkira2 ingin membalas atau tidak..baiklah aku bersifat profesional, membalas mesejnya hanya dalam lingkaran tutorial sahaja.. tidak termasuk perasaan jiwa..fb nya tidak ku tutup..menanti request ku di terima..namun hampa..aku yakin dia menerima mesej yang ku hantar melalui fb...

seperti apa yang ku katakan saban ketika.. aku akan tetap setia sehingga aku tahu dia dimiliki..

dan aku tertanya-tanya, dimana sahabat2ku... mengapa aku merasa sendirian?????

No comments:

Post a Comment