BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 1, 2010

RENTETAN HIDAYAH ALLAH

masih aku ingat,sewaktu aku mengisi borang permohonan ke matrik
aku mencari matrik yang jauh dengan rumah
jauh dari keluarga
bagiku jauh dari kongkongan umi
jauh dari pandangan mata family
dari form 4 lagi,rakan2 ku dan guru2 ku tahu
impian ku ke matrik kedah
bagi ku matrik adalah tempat terbaik bagi ku
lantas di borang permohonan
ketiga-tiga tempat kosong itu
aku isi dengan ketiga-tiga nama kolej matrikulasi di kedah
matrikulasi kulim
matrikulasi chang lung
matrikulasi kuala nerang
sahabat ku,yg juga bf ku waktu tu
sedang belajar di politeknik kulim
seronok mendengar keputusan ku berada hampir dengannya kelak

aku mahu jauh dari kekangan ini
aku telah niatkan
keluar dari tempat ini
aku nak free hair
aku mahu lebih bebas
mahu terbuka dengan dunia luar
dengan yakinnya atas keupayaan aku dalam study
aku yakin permohonan aku akan di terima
dan tak lama lagi aku akan keluar dari dunia belenggu ku

masa terus berlalu
dan aku terus hanyut dalam dosa ku
tanpa kasih ALLAH,aku tidak ke temu jalan pulang
tak sabar rasanya mahu habis sekolah
melihat kawan2ku yang dah habis sekolah
bekerja,melepak sana sini...relax
tapi aku tahu,dengan hanya sambung study
baru la aku boleh keluar dari situ

seronoknya aku bila habis sekolah
tak langsung rasa sedih berpisah dengan kawan2
tak langsung terlintas untuk kembali merindu alam persekolahan
tapi aku terus hanyut
hanyut dengan dosa
hingga aku tak sedar yang aku sedang di uji oleh ALLAH tika itu
habis sekolah aku pindah keluar dari tempat tu
tapi masih dengan family(konflik keluarga)
langsung ku tinggalkan semua sahabat2 ku
menanti dengan penuh excited
menunggu bulan2 yang aku akan tinggalkan jauh rumahku
tinggalkan jauh masalah yang melanda keluarga ku
aku yakin aku boleh dapat matrik kedah
meski pun aku dapat tawaran lain
aku taknak pergi selain matrik
itu tekadku!!

tapi badanku makin lemah
aku makin sakit
semakin tiada daya rasa nya
entah lah kenapa
aku sedang di uji dengan kesakitan
lemah badanku,hingga hanya terbaring di rumah
tak mampu rasanya aku nak keluar buat dosa lagi
di rumah aje,di jaga umi
hari demi hari
semakin banyak perubahan pada diri ku
muka ku makin pucat,setiap anggota tubuhku
surut beratnya
aku tiada daya
entah kenapa

hingga sampai satu masa
umi terlalu risau
hingga dye cakap dye taknak benarkan aku sambung belajar lagi
aku redha
melihat badanku yang hari2 tak larat
aku rasa keputusan umi itu yang terbaik
aku terima,aku terpaksa matikan niatku
untuk lari dari kekangan ini
kecewa ku lupakan
kerana aku tahu aku takkan ada peluang untuk meneruskan niat ku

hari berlalu
keputusan spm akhirnya keluar
aku gagahkan diri mengambil keputusan
aku tahu sebaik manapun keputusan aku
aku takkan mampu nak teruskan niat ku
ALHAMDULILLAH,keputusan ku agak cemerlang
6A1,2A2.1B3,1B4
aku menjadi top student di sekolah ku tahun itu
pecahkan rekod setelah sekian lama tak de owang yang dapat 8A
melihat result ku aku yakin,matrik kedah tentu dalam tangan
tapi aku pasrah,aku takkan mampu ke sana
perubahan badanku ketara
andai umi tahu,tentu ke mana pun aku takkan dibenarkan pergi

permohonan ku ke uitm di terima
tapi couse nya pula tak menarik minat ku
jadi penolakkan ini,tidak langsung menggugat hati ku
keputusan permohonan matrik hampir keluar
tapi aku baru lepas keluar dari hospital
masih terbaring di tilamku
kadang2 terasa kesakitan itu lagi
namun tika itu aku belum sedar
ALLAH sedang mengarahkanku ke jalan yang benar
keputusan permohonan matrik keluar
aku,yang sebelum ini amat yakin akan dapat matrik kedah
tambah lagi,semua kawan2 ku yang asal pahang,dapat matrik di kedah
sedang kawan rapatku juga di tempatkan di sana
namun agak kecewa bila aku tahu
aku di tempatkan di matrik pahang
terlalu dekat dengan rumahku
masih tak mampu lari dari kekangan ini

tapi ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALANYA
di sinilah aku mula belajar sesuatu yang paling berharga dalam hidup ku
kembali ke jalan ALLAH yang AGUNG
dari niat untuk free hair
kini aku bertudung labuh
dengan mula nya niat untuk bebas
kini aku ingin makin dekat
dekat dengan rumah
dekat dengan umi

puas akan ku memujuk umi untuk membenarkan aku sambung belajar
katanya aku bijak
sayang kalaw di biarkan sepi
lantas setelah umi membuat keputusan
aku akhirnya ke matrik pahang juga
di sini lah aku kini
melakar sejarah hidup
mengubah jalan tujuanku

genap 41 hari selepas 'operate'
aku mendaftar diri di matrik pahang
umi risaw,andai2 minggu pertama di sini
sakitku datang lagi
tapi aku kuatkan diri
at least aku dah keluar dari rumah itu
lari dari masalahku
aku hadapi minggu orentasi yang membawa perubahan padaku

hari itu,di dkb 1
ustazah rosma beri ceramah
aku tak tahu di mana hati ku tersentuh dgn kata2 nya
lantas aku pasang niat untuk melabuhkan tudung
meski aku tahu apa yang aku buat hanya hipokrit semata2



to be continue

No comments:

Post a Comment