BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 10, 2010

TAWARAN HADIR

pagi itu seperti biasanya.
jumaat..
namun yang lainnya, sejak selesai tahajjud tadi hatiku di landa debar.
entah lah mengapa.
ku fikir mungkin pasal umi.
ku adukan pada farah.
nasihatnya zikir dan ingat ALLAH.
debarnya masih belum reda.

aku melangkahkan kaki untuk ke kuliah
naik bas
dan ketika itu lah ada nombor asing tertera di skrin telefonku
ku jawab

alangkah debarnya kembali menggila
apabila ku tahu
dia adalah pn faiizah, editor pts
sungguh aku terkejut
beliau meminta aku menyiapkan proposal lengkap novelku
beserta dengan bab awal novel
ALLAHHU AKBAR, ALHAMDULILLAH
katanya sebelum isnin
sabtu dan ahad aku ada pogram
nampaknya hari ini jua aku terpaksa siapkan proposal tu

hampir 3 pagi aku tidur untuk menyiapkan proposalku

isnin, mereka meeting
aku menunggu

rabu
aku menelefon pn faiizah
mahu tahu perkembangan
ALHAMDULILLAH proposalku dah di luluskan
dan aku boleh menulis novelku
tajuk yang mereka pilih
UKHWAH CINTA ILLAHI
salah satu dari tajuk cadangan yang ku beri

ALHAMDULILLAH
apa lagi yang harus ku katakan
syukur padaMU TUHAN

kulakarkan kisah ini bukan kerana kita, tetapi penghayatannya menggamit ras di jiwa
FARAH NAJIHA
AMIRUL HAKIMI
SYAZ NUR IMAN

No comments:

Post a Comment