BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 26, 2010

APA YANG KAMU MAHU? HARI KEDUA KEM KPS..

kakiku mencecah air, aku masih fobia dgn peristiwa pacat semalam..seram, lantas posisi badanku tidak diam..aku takut..

akak fasi pula bertanya berbagai-bagai soalan yang membakar jiwa,
penuh dengan tarbiah
namun ada satu soalan yang membuatkan aku menitiskan air mata

aku adalah orang ke2 terakhir menjawab soalan itu
semangat
kerana inilah yang sebenarnya aku inginkan

soalannya
setelah keluar dari kem kps ini apa yang ingin setiap orang bawa keluar
aku telah membayangkan apa yang aku mahu
tapi aku tahu aku belum kuat untuk semua itu

aku mahu dua perkara

yang pertama
aku ingin membaiki ukhwahku dengan sahabat2ku
kena aku tahu kami di ambang bahaya
ALLAH
hanya kau tahu betapa malunya aku saat ini
aku tahu ini semua salahku
aku katakan di sana
aku sayangkan mereka
kerana itu aku mahu mengubah persengketaan ini

akak fasi tanye
masalah apa
aku katakan ini personal problem
akak fasi kata
personal talk nanti
aku hanya tersenyum
untuk berbicara dengan diri sendiri pun aku belum mampu
inikan pula dgn orang lain

yang ke2
aku mengharapkan
aku meletakkan segala pengharapanku pada ALLAH
kerana kecewanya hatiku
kerana meletakkan harapan pada manusia
walaupun sekelumit
menitis airmataku mengenangkan harapanku yang di kecewakan
menitis air mataku mengenakan hinanya diriku mengharapkan manusia

antara mereka
seorang yang benar2 mengecewakan aku
dan dialah orang yang paling ku sayang antara mereka
dia pernah berbisik padaku
untuk menjadi seperti sahabat baikku di sini
dia mahu menjadi 'farah' disini

kecewanya aku
kecewa
dan kecewa
kecewa
aku tidak tahu bagaimana lagi aku ingin menggambarkan rasa kecewaku
menitis airmataku
sesalnya aku kerana mengharapkan manusia
hinanya aku sebagai hambaNYA, DIA yang maha mulia

aku kecewa
pabila disaat aku benar2 memerlukannya
dia tiada
dia lebih mementingkan dakwahnya
dari ikatan ukhwah ini
dia lebih mementingkan dakwah
dari hatiku yang mula di remuk derita
aku benar2 memerlukan mereka saat itu
aku sedar
aku bukan siapa2 bagi mereka
apalah aku di hati mereka
entah2 cuma 'melukut ditepi gantang'
kerana itulah aku dibiarkan sendirian melayari bahtera yang hampir tenggelam
kecewa

aku benar2 telah mencuba
mencuba memujuk hati yang lara
entah kenapa
setiap kali aku berusaha
ada suara halus yang bersuara
'aku tidak lagi mempercayai dia,dan janji2 nya. dan aku takkan pernah mempercayainya lagi..aku kecewa'
di saat aku susah dan terhina, dia tiada
jadi kenapa di waktu aku telah berjaya merawat hatiku
dia ingin menagih janji itu
sepatutnya aku menuntutnya

ALLAH, betapa aku ini hamba Mu yang tidak pandai bersyukur
tidak pernah cuba untuk mensyukuri nikmat sahabat yang kau beri
tetapi aku telah berusaha
meletakkan dia kembali di hatiku

di saat aku mula berusaha
dia mengecewakan ku lagi
dia banyak berahsia
kalau boleh
dia tidak mahu aku tahu apa2 tentang dia
yang utama sekali
pasal doktor shahir
kenapa pagi itu maih memberikan harapan
dan sebelah malamnya merayu kemaafan kerana telah menghancurkan impian
aku tidak pernah kecewa kerana dr shahir menolakku
aku terima dengan redha
kerana aku tahu itu bukan jodohku

aku kecewa kerana dia
kerana dia telah menyembunyikan keputusan dr shahir
walaupun sehari
dia telah mempermainkan harapan ku
aku tidak kecewa kerana dr shahir memilihnya
tetapi aku kecewa kerana dia tidak memilih untuk berterus terang denganku dari awalnya

hingga malam itu
basah lagi pipiku dengan air mata kecewa
rupanya aku bukan kecewa kerana dr shahir
tetapi aku kecewa dgnnya

kedatangan farah membuatkan dia lebih berahsia
aku benar2 rasa terpinggir
rasanya aku mahu lari dari usaha ini
aku telah penat memujuk hatiku yang terluka ini
rasanya aku tidak mahu mempercayainya lagi

tetapi ALLAH yang lebih tahu isi hatiku yang paling dalam
aku sayangkan dia
kerana dialah sahabatku
dialah yang aku punya
namun payahnya memujuk hati yang terluka

walaupun aku telah keluar dari kps
aku mencari tujuanku yang ke2
pengharapanku pada yang ESA

No comments:

Post a Comment