BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 20, 2010

SEMAKIN JAUH,SEMAKIN MENYEPI

entah kenapa,aku semakin rasa menjauh.jauh dari amalan2 sunat ku
tahajjudku
sukar benar rasanya untuk membuka mataku
melihat waktu dinihari
mencengkam kesejukkan
mata2 benar2 berat untuk di buka..
mujurlah ada pak cik itu yang melaungkan zikir sebelum azan subur
membuatkan tidurku terganggu
dan menyebabkan aku senang untuk bangun solat subuh
jika tidak entah pukul berapa baru ku sedar
melihat teman2 yang alin
hampir pukul 7 baru membasahkan wudhu' di muka
astagfirullah,moga aku sentiasa senang untuk bangun di subuh hari..
aku masih lemah untuk bangun sebelum itu
niat untuk bertemu janji dengan ALLAH
hanya tinggal janji
mungkin kerna itu ALLAH murka
dan membuatkan aku makin merasa jauh

dhuha ku,
sering aku alas kan dengan alasan tak cukup masa
sedangkan kelasku yang paling awal pun pukul 9
berat rasanya hati
untuk 'membuang' waktu seketika sujud di sejadah waktu pagi itu
kadang2,ejadah itu hanya ki jeling sekilas
tanpa sempat pun aku menyentuhnya

apatah lagi qadha solatku
ya RAABBI.hanya ALLAH yang tahu
betapa hinanya aku meninggalkan amalan wajibku itu
dengan alasan kepenatan
waktu yang singkat
aku mengabaikan tanggungjawabku
sukar benar diri ini memujuk hati
melaksanakan suruhan ALLAH

mathuratku
aku sering memujuk
hanya 10 minit untuk bacaan itu
tapi tetap ku tinggalkan
kononnya sewaktu tunggu bas
or mungkin duduk tunggu kelas bermula
aku akan membuka mathu'rat kesayanganku
tapi hampa,semakin aku melihat orang lalu lalang
semakin aku rasa tak mahu buat apa2
mathu'ratku sepi bertemankan buku2 di dalam beg
buku2 itu pun beruntung
kerana masih ku meluangkan masa untuk membukanya di kelas
tapi mathu'ratku
sepi kesedihan

al-Quran pun masih belum ku khatamkan
sering aku berbisik padanya
rinduilah aku
agar aku sentiasa merinduinya
tapi 'dia' saja yang merindui ku
sedang aku melihatnya hanya sebelah mata
liat betul untuk aku menyentuhnya setiap kali selepas solat
'dia' terdiam sepi bersandar di dinding
berhampiran tingkap

apalah aku ni
janjiku,cuma tinggal janji
tanpa aku laksanakan
entah apa yang aku inginkan
hati yang kotor ini sukar benar di bersihkan
tanpa pertolongan dari tuhanaku mungkin hanyut tanpa sempadan
ALLAH,jangan kau benarkan aku terleka dalam ujian
jangan kau biarkan aku tenggelan dalam kealpaan
aku hanya punya KAMU
tanpaMU aku hina di dunia dan juga di akhirat nanti

No comments:

Post a Comment